Isnin, April 05, 2010

Bila lagi nak guna Hukum Islam? Dera kanak-kanan kes hampir 3 ribu?

Al-Fatihah- anak Palestine mati syahid dunia akhirat kerana mempertahankan Islam dan bumi Islam..Anak Malaysia mati kerana dibuang mak bapak yang tak takut Allah..

----------------------------------------------------

2,780 kes penderaan kanak-kanak tahun lalu


ROSNAH (dua dari kanan) beramah mesra dengan Chan Hui Xin, 7, ketika melawat Wad Pediatrik HKL selepas melancarkan Kempen Hidup Amat Berharga di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak dicatatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat tahun lalu.

Menurut Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, penderaan emosi, fizikal dan seksual itu meningkat berbanding 1,685 kes pada tahun 2008. 

Menurut beliau, statistik itu tidak termasuk pelbagai kebejatan sosial lain seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, pelacuran dan eksploitasi kanak-kanak.

"Apakah puncanya, adakah kurang didikan atau kasih sayang, jawapannya pasti ada pada kita semua dan penawarnya mesti segera dicari," katanya ketika merasmikan Kempen Hidup Amat Berharga yang bertemakan 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini semalam.
----------------------------
mahkamah : Inilah bala.. memang pedih.. maksud firman Allah " sesungguhnya azabku amat pedih".. jika kita tak bersyukur.. salah satu cara bersyukur, ialah ikut Arahan Allah.. arahan Allah termasuk guna Hukum Islam..

Tiada ulasan: