Baju Merah 'serang' pejabat TV
|
|
BANGKOK - Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra semalam menyerbu bangunan syarikat komunikasi Thaicom Public Co. Ltd. kerana pihak berkuasa menutup saluran televisyen penting propembangkang, People Channel.
Pasukan tentera dan polis gagal menghalang kumpulan antikerajaan yang terkenal dengan gelaran Baju Merah itu menggunakan gas pemedih mata dan semburan air.
Penunjuk perasaan itu kemudian berunding dengan polis supaya kembali menyiarkan saluran itu, sebelum keluar dari kawasan tersebut.
Tindakan itu sekali lagi memalukan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva yang didesak supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan satu pilihan raya baru.
Menurut akhbar The Nation, sebanyak 10 penunjuk perasaan dan tiga anggota pihak berkuasa cedera dalam insiden itu.
Penunjuk perasaan itu membaling batu dan bom petrol semasa melepasi pagar kawat bangunan Thaicom Public Co. Ltd. Mereka bagaimanapun tidak memasuki bangunan utama.
Kumpulan Baju Merah itu turut menawarkan air minuman kepada askar-askar dan polis selain menunjukkan sejumlah senjata termasuk M-16 yang telah dirampas daripada anggota tentera kepada pemberita.
Senjata itu kemudian diserahkan semula kepada pihak berkuasa.
Saluran yang propembangkang itu kembali bersiaran pada petang semalam.
Namun jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn memberitahu, pihaknya masih mengawal saluran berkenaan.
Selepas pergelutan berakhir, beberapa anggota pihak berkuasa berjabat tangan dengan penunjuk perasaan. - AP
---------------------------
Inilah bahana akhir zaman..
Makhluk lain mentertawakan kita yang 'gila' walau ada OTAK!..
Respon mahkamah :
1) ada bagusnya jugak Thailand ni.. ada TV pro pembangkang.. di Malaysia? mana ada.. kata demokrasi.. tetapi kuku besi!
2) di Thailand- bagusnya polis dan tentera dia mengalah kepada rakyat.. di Malaysia.. polis akan pukul rakyat jika berdemontrasi.. demo yang mana tak kena pukul? majoriti demo polis pukul.. Tapi polis/tentera boleh biar sampai dharurat sangat negara... gila sebab tak jalankan tugas PM..
3) di Thailand- rakyat gila kerana merampas senjata Tentera/polis M-16. kemudian serah kepada kerajaan kembali.. Di Malaysia mana ada begitu.. dulu kumpulan al maunah ada buat.. tapi kumpulan dia sendiri-sendiri.. bukan masa demo..
4) PM dia gila kot, rakyat rampas senjata pun dia tak arah halang/tembak/tangkap? Dibiarkan begitu.. hu ha ha ha.. gila!!!
5) Selepas bergaduh, ada pihak berkuasa bersalaman dengan penunjuk perasaan? Tak gila kaaaaa?
1 ulasan:
sudah2 la buat fitnah.... taubat lah.. PAS yg sedang kehancuran...
Catat Ulasan