Isnin, April 12, 2010

Penunjuk Perasaan 'Baju Merah' Mengganas di Thailand! Bala Allah!

 KEGANASAN DI THAILAND DEK KEMARAHAN ALLAH ATAS PEMBUNUHAN UMAT ISLAM SELAMA INI.. TIDAK LAMA SELEPAS KISAH SEDIH TAK BAI.. BERLAKU TSUNAMI HINGGALAH SAAT INI THAILAND DITURUNKAN BALA... BERBUNUHAN SESAMA SENDIRI BAGAI ORANG GILA... HA HA HA..

PENUNJUK perasaan Baju Merah merampas sebuah kereta kebal dalam keganasan di Bangkok, malam tadi.

 
 Gambar kedua, anggota keselamatan cedera sambil diperhatikan penunjuk perasaan.
 
.
 
12 orang terbunuh termasuk askar, orang awam dan seorang wartawan,” kata Timbalan Gabenor Bangkok, Malinee Sukvechavorit. 

Stesen televisyen Thailand melaporkan wartawan yang terbunuh ialah jurugambar dari Jepun, Hiro Muramoto, 43 yang bekerja dengan agensi berita Reuters.
“Askar perlu berundur. Tiada tempat untuk berlindung dan kami tidak dapat berbuat apa-apa,” kata Ketua Turus Angkatan Tentera Jeneral Anupong Paojinda.

Sebutir bom tangan turut meletup berhampiran pejabat Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva di Rumah Kerajaan, tetapi tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Abhisit terus berlindung di sebuah berek tentera di Bangkok.

Tentera Thailand sebelum itu melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata ke atas penunjuk perasaan kumpulan Baju Merah yang membalas semula dengan melemparkan bom petrol dalam pertempuran terbesar sejak bantahan kira-kira sebulan lalu.

Beratus-ratus anggota Baju Merah juga cuba memasuki pejabat kerajaan di dua bandar di utara Thailand, sekali gus meningkatkan risiko tunjuk perasaan lebih besar menentang pemerintahan Abhisit.

“Kami menukar tuntutan daripada membubarkan parlimen dalam tempoh 15 hari kepada pembubaran parlimen serta-merta dan kami menggesa Abhisit meninggalkan negara ini,” kata pemimpin tunjuk perasaan, Veera Musikapong.

Tiada ulasan: