Harakahdaily | ' |
SHAH ALAM, 11 April: Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dan memberi perhatian yang serius terhadap taraf sosioekonomi Orang Asli di negeri ini yang seolah-olahnya tidak dibela oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Justeru, masyarakat Orang Asli termasuk di Hulu Selangor merasakan nasib mereka lebih terbela di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah negeri sekarang. Menurut sumber, penyelesaian terhadap nasib masyarakat Orang Asli itu terkandung dalam Bajet 2010 negeri yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) pada 10 November tahun lalu. Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menjalankan kajian secara mendalam berhubung dengan isu tanah pusaka Orang Asli dan justeru itu, pada tahun ini kerajaan negeri bersedia untuk memberi milik tanah-tanah pusaka itu kepada Orang Asli yang berhak. Untuk itu, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Badan Bertindak Tanah Orang Asli yang diketuai dan dianggotai oleh wakil-wakil Orang Asli mereka sendiri, iaitu suatu jawatankuasa unik dan tidak pernah ditubuhkan oleh kerajaan BN sebelum ini. Sumber itu menyebut, objektif Badan Bertindak itu adalah untuk memastikan bahawa masalah-masalah tanah yang sedang dihadapi oleh Orang Asli dapat diselesaikan melalui perbincangan dengan kerajaan negeri. Untuk mencapai matlamat tersebut, Kerajaan Negeri Selangor menyediakan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk menjalankan dua projek perintis ujian bagi menaik taraf hidup kumpulan Orang Asli termiskin. ---------------------- mahkamah : alhamdulillah.. Bukan Pakatan Rakyat mahu buat baik semata-mata tetapi ia arahan Agama Islam suruh buat baik sesama manusia khasnya jika mempunyai kerajaan.. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Isnin, April 12, 2010
Orang Asli di Selangor (Pakatan Rakyat) yakin dengan PR! Geran Tanah akan diberi!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan