Khamis, April 01, 2010

Masjid Kampong Sri Indah, di bawah Golden Hope terbiar??? Pengalaman hamba Allah yang sukarela berkhidmat di situ.. Ikuti!

Pak cik ini pernah naik berkhutbah dan mengaku belajar hingga Tahun 3 sahaja.. kerap beliau menjelaskan kepada sesiapa sahaja jika ada yang mempertikaikan peranannya (secara sukarela lillah) di masjid tersebut... sudah lama menetap di Tawau.. anaknya seorang sahaja bekerja... antara Magrib dan Isyak mengahbiskan waktu mengajar Quran di rumah.. 

Mengapa beliau sukarela berkhidmat di masjid ini tanpa bayaran? kerana Allah.. katanya. Jjika pihak tertentu mengiklankan jawatan di masjid dengan gaji.. dah tentu berubut-rebut orang datang... memang menyedihkan masjid ini.. penuh dengan tahi cicak.. jika nak solat, terpaksa berhatihati memilih kawasan yang bebas dari tahi cicak.. tandas juga tidak diselenggara.. 

Kiranya masjid ini agak bebas digunakan sesiapa sahaja.. Tiada AJK Masjid.. siapa-siapa sahaja bisa menjadi AJK.. he he.. sebelum ini kawasan masjid dipenuhi rumah-rumah staf @ pekerja Golden Hope.. namun, apabila rumah-rumah di sekitar dirobohkan.. maka ia jauh dari manusia.. hanya berjiran dengan pokok-pokok sawit sahaja yang akur bertasbih menemani masjid siang dan malam hari...


  
Beliau berjaya mengimarahkan masjid tersebut khasnya waktu Magrib dan Isyak.. menghidupkan lampu dan kipas.. kadang-kadang solat bersendirian... masjid yang sunyi namun diberitahu ada perkembangan sejak kebelakangan ini  Solat Jumaat dihadiri ramai jemaah.. termasuk mereka yang berulang alik melalui jalan Tawau - Kalabakan- Keningau... Solat Hari Raya juga ramai yang hadir ke sini.. 

PELIKKKKKKK... masjid yang sunyi pada solat fardhu (kecuali Jumaat).. tetapi ramai pada Solat Sunat Hari Raya... 

* jika kurang percaya- datanglah sendiri.. Masjid ini terletak dekat pintu masuk ke SK ABaka...


* apa yang menakjubkan saya- bila beliau bercakap, beliau menyelitkan kata-katanya dengan ayat Al-Quran beserta terjemahan seraya menyebut nama Surah dan petikan hadis. Wah, Subhanallah! Terdetik dalam diri bahawa insan di hadapan saya bukan sebarangan orang! Lancar dan penuh keyakinan.. Lama juga saya berbual-bual dengan beliau.. terpaku dan hampir menitiskan air mata... 
 
TAKJUB kerana Agama Allah ini terpelihara di dada orang YANG BERIMAN macam pakcik ni... Saya berhasrat bertandang ke rumah beliau.. di mana beliau belajar?Tengok fizikal beliau.. dhaif sangat... jika bersembang.. kalah orang yang ada Ijazah!!! 
 
Insaflah wahai Yusry!!! :(

Tiada ulasan: