kerana jadi kerajaan
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 2 April: Pakatan Rakyat (PR) harus memastikan maklumat yang benar mengenai kejayaan dan ketelusan urus tadbir Kerajaan Negeri Selangor di bawah PR sampai kepada pengundi di Parlimen Hulu Selangor untuk memastikan kemenangan berpihak kepada PR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, meskipun Parlimen itu sudah menjadi kawasan tradisi Umno BN, namun PR harus menggunakan kelebihan yang ada untuk memenangi hati pengundi. "BN ada kekuatan di Hulu Selangor sebab itu kita kalah di tiga Dewan Undangan Negeri dalam PRU lepas.tapi sudah tentu kita punya kelebihan kerana kita sekarang ini menjadi Kerajaan di Selangor Itu kawasan tradisi Umno jadi kita tidak hairan kalau pun BN boleh menang dan kelebihan ini harus digunakan oleh PR kerana kita sudah pun hampir dua tahun berjaya menjalinkan hubungan di akar umbi. Menurutnya, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagi Pengarah Jentera Pilihan raya kali ini. Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen itu 17 April ini manakala 25 April adalah hari mengundi. Seramai 32,380 pengundi adalah lelaki manakala 32,120 adalah wanita. Bangsa Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 orang atau 52.7 peratus manakala Cina seramai 16,964 orang (26.3 peratus) dan India berjumlah 12,453 (19.3). Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahalan telah dilantik SPR sebagai Pegawai Pengurus manakala Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi. --------------------------------------- Mahkamah : Berikut situasi yang bakal berlaku di HULU SELANGOR!! Pikir-pikiurlah yaaa.. >>> Inilah kereta kebal yang BN akan gunakan... PR akan dikepung oleh jentera BN..PR akan kehilangan sokongan agaknya di sana.. Pahlawan BN yang lengkap bersenjata menanti... Polis, tentera geng kami, KAMU ADA APA PR? Baik mengaku kalah sajalah wahai PR!! Kami kuat, duit kerajaan banyak dalam poket kami ni, ha ha ha!!! Kami sudah lama memerintah Malaysia, kami hebat, KAMI RASUAH, Kami bunuh Ulamak di Memali, 1 Malaysia!!! Kami lah pahlawan Melayu Asli.. kami warisan Melayu terakhir... kami rampas tanah orang Melayu.. ha ha.. kami pejuang sejati!!! |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan