Sabtu, April 03, 2010

Malaysia Merdeka! Undang-undang Islam Terpenjara? Bangga gunapakai Undang-Undang Lord Reid?

Terima kasih Tunku atas usahanya yang dikaitkan dengan 'proses kemerdekaan' sejak 53 tahun silam.. Undang-undang Lord Reid (mengambil sempena Ketua panel gubal undang-undang-bukan Islam)dipakai ke hari ini... sedang parlimen berkuasa memindanya secara beransur-ansur..

  
Di tangan pihak pemerintah kita mengharapkan Undang-Undang Islam dipelihara.. Mufti sepatutnya menjaga dan menasihati pihak pemerintah andaikata ada wujud pencabulan dalam pelaksanaannya... bukan mengampu hingga Islam tercalar dan Allah marah!

  
Jika Kartika Sari sudah mengaku salah dek minum arak- Minum Arak termasuk dalam kes hudud boleh dijatuhkan.. Hudud bukan kuasa pemerintah untuk berunding dalam pelaksanaan.. Apakah 'pertimbangan' memaafkan kesalahan kartika boleh melawan arahan Allah yang penuh dengan hikmah dan rahsia serta mempunyai falsafah di sebalik pelaksaannya???...

Berbeza dengan qisas- spt kes bunuh, boleh dirunding dengan kuasa pemerintah berbincang dengan pihak keluarga mangsa samada meneruskan hukuman bunuh @ memaafkan si pesalah sebelum hukuman dijatuhkan... Takzir adalah kuasa pemerintah... Apa yang pelik, Berita Hairan hari ini menunjukkan hukuman minum arak diragui oleh pihak pemerintah... 
------------------------------------------------------

Keputusan Sultan Pahang tidak salah (bharian.com.my)

2010/04/03

KUALA LUMPUR: Keputusan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menggantikan hukuman enam sebatan syarie terhadap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, kerana minum arak kepada menjalani khidmat masyarakat, tidak menyalahi hukum Islam.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, berkata sebatan syarie yang dijatuhkan kepada Kartika Sari itu hanyalah hukuman takzir (menakutkan) dan bukan qisas (pembalasan).

Perlu diingat, enam sebatan itu bukan qisas tetapi hanya takzir. Bermakna ia boleh diubah dan tidak salah dari segi hukum Islam. Tetapi jika hukuman qisas, tidak boleh diubah iaitu wajib dikenakan 80 sebatan.

Tiada ulasan: