Khamis, April 01, 2010

Hukum : Sabit kesalahan 'minum arak, namun diampunkan kesalahan oleh pihak pemerintah pula?Sensitif?

Sultan Pahang arah Kartika Sari jalani khidmat komuniti

2010/04/01(bharian.com.my)

KUALA LUMPUR: Hukuman sebatan syarie yang dijatuhkan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno telah diampunkan Sultan Pahang.

Menurut laporan AP yang memetik peguamnya, Adham Jamalullail, Kartika telah menerima sepucuk surat semalam yang memaklumkan bahawa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bersetuju membatalkan sebatan syarie ke atas bekas model itu. 



Beliau berkata, Kartika akan menjalani perintah khidmat masyarakat selama tiga minggu.
---------------------------------
yusz : Ntahlah ya.. Undang-undang kita ni 'belum difahami oleh pihak istana'.. ada ka ruang jika seseorang pesalah dan dia mengaku salah pula.. diampunkan oleh pihak pemerintah? Kesalahan yang dilakukan jelas hukumannya dalam Islam... hatta beliau seorang raja @ sultan...

Tiada ulasan: