Khamis, April 01, 2010

H1N1 kembali semula, tetapi kali ini di Pulau Langkawi? Na'uzubillah...

Influenza: 3 sekolah di Langkawi diarah tutup

2010/04/01

LANGKAWI: Tiga sekolah di Langkawi diarah ditutup kerana terdapat pelajarnya mengalami simptom demam, batuk dan selesema seperti influenza.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Langkawi berkata, sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba, yang diarah ditutup sejak Selasa manakala Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup semalam, dengan kedua-duanya dijadual dibuka semula pada Ahad ini. 

“Satu lagi sekolah, iaitu Sekolah Menengah Teknik Langkawi yang diletakkan dalam pengawasan oleh Jabatan Kesihatan turut diarah ditutup hari ini sehingga Isnin,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 
-----------------------------
mahkamah ; Allahumma - Tolonglah kami, jauhkan lah dari wabak penyakit yang berbahaya ini...

Tiada ulasan: