Rabu, Oktober 14, 2009

Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan.

* gambar- As-syahid Syed Qutub-ilmuwan Islam.. dengan ilmunya.. dia terkenal walaupun ada pihak memusuhi dan memenjarakannya di Mesir..

Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan
Menghadapi Peperiksaan.
Sumber Rujukan :-
1) http://ibnismail.wordpress.com
2) http://destinasiku.wordpress.com
3) CD Siti Fatimah Bt. Mokhtar (Cemerlang Malaysia- 18A SPM 2006)
4) Buku Catatan Hati Nik Nur Madihah(Cemerlang Malaysia-20A SPM 2008)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
-anak nelayan / sewa rumah RM90/ 14 tahun rumah uzur/ RM5 rts sebulan nelayan/
“hablum minallah- wa hablum minannas” Allah : solat awal waktu/akhlak uk dijauhi/ qiyamullail/puasa Isnin&khamis/sunat Dhuna setiap hari/selawat 1000x/hari/makanan halal

Manusia: taati,elak sakit hati/minta ampun/baik dengan guru,rakan/ikhlas persahabatan/senyum/jaga tutur kata/elakkan susah orang lain/berdikari/tanam rasa cinta sesama muslim/jika buat salah segera minta maaf/hormati yang tua,sayangi yang muda/bercakap dengan lemah lembut dan hikmah
------------------------------------------------------------------------------------------------------
5 Faktor Untuk Mencapai Kecemerlangan Pendidikan Anak-anak
(menurut Ibubapa Siti Fátimah)

1. Asas Pendidikan Agama & Membina Disiplin Diri Dari Kecil hingga Dewasa
2. Mendidik Anak-anak Adalah Pelaburan-kewangan, masa, tenaga
3. Membina hubungan baik dengan pihak sekolah-pantau perkembangan anak-anak/jumpa guru
4.Peranan Komuniti/ Ibubapa/PIBG/Rakan-rakan Anak-anak/Kemudahan Sokongan Untuk Kejayaan Anak-anak
5. Peranan Doa & Solat Hajat
---------------------------------------------------
*anak soleh/solehah yang berilmu, berakhlak mulia aset penting sebuah kehidupan berumah tangga..

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

A) Pertama, sebelum peperiksaan :-

1) Semangat dengan belajar secara berterusan.
Semak jadual belajar/jadual peperiksaan(jam tangan/meja mesti ada)

Jadual belajar wajib dipatuh. Masa mesti dijaga! Antara 1 subjek ke subjek lain mesti rehat untuk ‘otak’. Jadual tidak sama antara pelajar. Suasana tempat dalam rumah/asrama mempengaruhi ulangkaji. Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda :-
- telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
- Mengelak dari sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua. Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
2) Membaca nota ringkas/ membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3) Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat:

- Belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
- Lukis peta minda/bentuk pokok(alam sekitar)
- Mainkan soalan secara kuiz
- Agihan tugas bentang topik (jimat masa)
- Guna 2 pen berlainan-merah/hitam& merah/biru
- Baca kuat-deria dengar-mudah ditanggapi otak> lambat
- Baca perlahan - laju > lambat masuk otak
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
4) Kesihatan diri jangan diabaikan. Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.
Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.
Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.
5) Peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam, pen

6) Kerohanian- hubungan dengan khaliq (Allah)/makhluk manusia/binatang/tumbuhan
Tujuan :- redha Allah> kejayaan/kegagalan. Gagal/Lulus kuasa Allah! Doa makhluk kena zalim > redha Allah> kejayaan/kegagalan. Apa yang Allah suka? Makhluk suka? Itulah yang kita buat..
1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan. Nik Madihah tahajjud,solat dhuha, puasa Isnin&Khamis (sejak usia 12 tahun).
2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
7) KESELAMATAN .
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan(cth: rempit). Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.

B) Kedua, pada semasa / hari peperiksaan.

1. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal,
2. Bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah. ( Perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.)
3. Jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
4. Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, 1) baca surah al-insyirah/selawat 2) baca doa 3) anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
5. Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian(tanda bulat/pangkah).
6. Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
7. Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
8. Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda. Jam tangan atas meja.
9. Kerohanian- hubungan dengan khaliq (Allah)/makhluk manusia/binatang/tumbuhan
Tujuan :- redha Allah> kejayaan/kegagalan. Gagal/Lulus kuasa Allah! Doa makhluk kena zalim > redha Allah> kejayaan/kegagalan. Apa yang Allah suka? Makhluk suka? Itulah yang kita buat..


C) Ketiga, selepas peperiksaan.

1. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa, hilang semangat, fikiran terganggu(untuk kertas soalan berikutnya) jika didapati jawapan anda terpesong atau salah. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

2. Kerohanian- hubungan dengan khaliq (Allah)/makhluk manusia/binatang/tumbuhan
Tujuan :- redha Allah> kejayaan/kegagalan. Gagal/Lulus kuasa Allah! Doa makhluk kena zalim > redha Allah> kejayaan/kegagalan. Apa yang Allah suka? Makhluk suka? Itulah yang kita buat.. KEKALKAN hingga bila-bila…

ANDA MAMPU MENGUBAH DIRI ANDA!

WALLAHU A’LAM –

*Artikel dibentang oleh penulis pada Seminar Motivasi anjuran Perppis Tawau di Masjid Kausar 11/10/09

(www.mahkamah-akhirat.blogspot.com)

Tiada ulasan: