Isnin, Oktober 26, 2009

Pakar Bedah : Dr Pornthip dari Kementerian Undang-undang Thailand, akan bedah mayat di Malaysia...

MB Selangor sokong bedahsiasat semula

Teoh Beng Hock

(harakahdaily.net 26/10/09)


Dr Pornthip (gambar)dari Kementerian Undang-undang Thailand dilantik Kerajaan Selangor bagi membantu inkues menyiasat punca kematian pembantu kepada Exco Selangor itu.

ImageDr Pornthip menempa nama dalam pembabitannya membedah siasat mangsa tragedi Tsunami 2007 dan membongkar kes-kes rumit di Thailand. Sepanjang keriernya sebagai ahli patologi, dia telah membedah lebih 10,000 mayat.

Khalid berkata kerajaan negeri mahu bedah siasat baru dilakukan segera agar siasatan dapat dilakukan dengan lebih telus.

"Dari segi ketelusan, kerajaan negeri bersetuju supaya perkara ini dibuat dan memberikan peluang untuk keluarga Teoh Beng Hock untuk mendapatkan apa yang sebenarnya berlaku kepada anak mereka," jelas Khalid lagi.


Tiada ulasan: