Rabu, Oktober 07, 2009

IHTIFAL ALAM RIA PASTI KAW TAWAU 2009 (HARI PROGRAM 4/10/09-AHAD) KOMPLEKS SUKAN TAWAU

Tuan Pesuruhjaya Pas Sabah Tn Haji Mohamad B. Abdullah turut hadir menyerikan majlis dan berbesar hati menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kelihatan Nurwaseelah Bt. Noryusry (wakil peserta Felda Umas-acara Sajak tempat ke 2) menerima hadiah dari Pesuruhjaya. Kelihatan di belakang, Ustazah Risnah-guru pasti Felda Umas.


YB Jimmy-Adun Sri Tanjung, Tawau bergerak meninggal majlis. Beliau sempat meluangkan masa kira-kira 30 - 45 minit bersama VIP yang hadir memeriahkan majlis. Difahamkan beliau menyumbangkan 100 kotak air mineral (100X 24 botol=2400 botol) kepada Pasti Kaw Tawau. T/kasih YB.


Kelihatan Pesuruhjaya Pas Sabah, Pengerusi Pasti Tawau, Ketua Urusan Ulamak Kaw, Ketua Muslimat Sabah, AJK Pas Kaw, Pemuda, Muslimat dan tidak lupa VIP - Saudara Gan dan rakan dari Parti Keadilan Bahagian Tawau memenuhi barisan kerusi VIP.


Antara ribuan ibubapa/penjaga / pemerhati / penyokong pelajar Pasti Kaw Tawau memenuhi ruang duduk Kompleks Sukan Tawau.


Semoga Allah memanjangkan usia Pasti Malaysia agar dapat menyemai bakti kepada generasi akan datang!

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT MENCURAHKAN MINDA, TENAGA, RM DAN SEBAGAINYA.. HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS SEGALANYA.. AMEENN! :)

Tiada ulasan: