Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Nik Aziz tidak mahu gaji MB Kelantan tinggi |
M Faqih Wed | Oct 28, 09 | 9:52:14 am MYT | |||||||
KOTA BHARU, 28 Okt: Kerajaan negeri bersetuju atas desakan Adun bagi menaikkan gaji mereka daripada RM3,600 kepada RM4,600 selepas mengambil kira kos kehidupan semakin meningkat sekarang.
Selain Adun, anggota Exco juga menikmati kenaikan sebanyak RM700 berbanding sekarang sebanyak RM5,400. Manakala Timbalan Menteri Besar mendapat kenaikan sebanyak RM2,200 berbanding RM6,600 sekarang dan Menteri Besar pula dinaikan sebanyak RM2,600 menjadikan RM12,800. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, gaji baru Menteri Besar Kelantan masih rendah berbanding Menteri Besar Terengganu sebanyak RM14,175. "Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu terus mengekalkan gaji Menteri Besar Kelantan lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain,"katanya. ---------------- mahkamah-akhirat : emm.. payah nak cari MB begini ba.. tu salah satu kelebihan TGNA la.. dia ikhlas depan dan belakang rakyat.. tuan/puan yang kurang percaya, boleh bertandang ke Kelantan.. boleh ambil gambar rumah Tok Guru.. rumah MB.. kemudian balik, tunjuk dengan kawan-kawan.. orang tengok boleh nampak ke'warak'an beliau.. kerana itulah Non Muslim juga menghormati TGNA ini.. inilah wajah Islam.. sifat zuhud yang ada pada TGNA inilah yang patut diikuti oleh semua pendukung jemaah Islam semua.. mudah-mudahan ramai akan menjadi wajah dan cermin Islam.. ameenn.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan