Sabtu, Oktober 10, 2009

DUN Bagan Pinang : Pertarungan antara “Thalut” dan “Jalut” ?Kajian Peguam Pas

(Peguampas Sdr Hanipa> t-shirt biru di kanan Bang Mad Sabu.. beliau juga turun ke medan.. sudah pasti dia dapat menyelami realiti hidup manusia...

Sunday, October 04, 2009(peguampas.blogspot.com)

DUN Bagan Pinang : Pertarungan antara “Thalut” dan “Jalut” ?

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Jika harta dan kebendaan yang menjadi ukuran sudah pasti calon PAS, Zulkifli Mohd Omar bukanlah tandingan Tan Sri Mohd Isa Samad , calon Umno di DUN N.31 Bagan Pinang.
Semua orang tahu betapa kaya dan berpengaruhnya Tan Sri Isa Samad jika dibandingkan dengan Zulkifli Mohd bin Omar.

Bagaimanapun Al-Quran membimbing manusia bagaimana memilih kepimpinan. Isu kepimpinan tidak diukur dengan banyaknya harta dan pengikut seseorang.
Kisah pertarungan Thalut ( dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Saul ) dan Jalut ( dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Goliath ) yang diceritakan di dalam surah Al-Baqarah ( lihat Ayat 247 hingga 250 ) menjadi panduan yang amat berharga kepada kita tentang isu memilih kepimpinan.

Apabila Nabi Shamwil ( Samuel ) memaklumkan kepada rakyat Bani Israel bahawa Allah memilih Thalut sebagai pemimpin di kalangan mereka, rakyat Bani Israel menentang dengan menunggunakan alasan harta kebendaan. Bani Israel membantah pemilihan Thalut kerana beliau tidak dikurniakan harta yang banyak . Meskipun Thalut tidak mempunyai harta yang banyak namun beliau diberi kelebihan yang lain iaitu kelebihan ilmu pengetahuan dan kekuatan fizikal ( tubuh badan ). Kedua-dua kekuatan tersebutlah akhirnya, dengan izin Allah , membawa kepada kejayaaan Thalut dan para pengikutnya ke atas Jalut.

DUN Bagan Pinang menemukan dua individu yang jika dilihat dari sudut kebendaan semata-mata, jelas memihak kepada calon Umno.


Isa Samad berharta tetapi perasuah.
Zulkifli Omar tidak berharta namun bersih dari rasuah.
----------------------------------- yusz felda said---------------------------

BN jadi sombong dan takabbaur semula! Lupa akan kekalahan lalu.. kalau menang ini, mungkin naik kot semangat mereka.. kalau kalah, alamat ramai orang UMNO yang akan masuk kubur sendiri...

Tiada ulasan: