Selasa, Oktober 06, 2009

Kenyataan Media DPPP> BERHUBUNG KEJADIAN GEMPA DAN TSUNAMI DI SUMATERA


KENYATAAN MEDIA
01 OKTOBER 2009

LAJNAH ANTARABANGSA

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)


BERHUBUNG KEJADIAN GEMPA DAN TSUNAMI DI SUMATERA

Lajnah Antarabangsa, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa simpati ke atas bencana yang berlaku di Sumatera, Indonesia.

DPPP turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut. Mengikut laporan media hari ini, jumlah mangsa yang disahkan terkorban dalam kejadian itu telah mencecah 400 orang.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh DPPP daripada Kedutaan Indonesia semalam, jumlah korban dijangka mencecah hampir 1000 orang keseluruhannya. Gegaran yang berlaku di Sumatera itu turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Atas dasar keprihatinan ini, DPPP komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut.

Berdasarkan semangat serumpun Malaysia-Indonesia, DPPP turut menyeru rakyat Malaysia untuk meringankan bebanan rakyat Sumatera yang terlibat di dalam kejadian yang tidak diingini itu.

Maka, dengan ini DPPP melancarkan “Tabung Bencana Alam Keprihatinan Sumatera” bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke sana.

Justeru, sebarang sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin, bolehlah disalurkan ke akaun MICFF DPP PUSAT, AKAUN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bernombor 14014010026320.

Disediakan oleh;

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Pengerusi

Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Pusat.


Tiada ulasan: