Sabtu, Oktober 03, 2009

Lakaran Beza Sebatan Ciptaan Manusia & Sebatan Ketuhanan! :)

Gambar dari akhbar Utusan Malaysia 4/9/09 kalau tak silap. Perbezaan ketara antara no 1(ciptaan manusia) dan 2 (dari Allah)!

----------------------------------------------------------------------------------

No 2 di atas, gambaran pelaksanaan sebatan cara Islam bagi lelaki dan wanita. Jelas ' menutup aurat' TIDAK SEPERTI YANG DIJALANKAN SEKARANG tanpa seluar/pakaian!

Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat ini adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan adalah tidak berasas sama sekali memandangkan cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa :

i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.

iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.

iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.

v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.

vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk

vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.

viii. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.

ix. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.

x. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

---------------------------------------------------------------------

Bayangkan TUAN/PUAN, amat menyeksakan betul hukuman ciptaan manusia ini. Sepatutnya dah lama dimansuhkan hukuman sebegini, ia jelas bukan dari Islam.

Bayangkan berapa lama sudah diguna pakai sebatan begitu, NAMUN JENAYAH MAKIN HARI MAKIN TERUK. MAKIN HARI MAKIN MANUSIA TIDAK TAKUT UNTUK MENCABAR PIHAK BERKUASA@ KERAJAAN!

DI MANA SILAPNYA???

Tiada ulasan: