Sabtu, Oktober 03, 2009

Bala : Pelacuran Kerana Jiwa Tidak Tenang!

‘Nasi dah jadi bubur’(hmetro.com.my) 3/10/09

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my

dua minggu lalu ditahan kerana menawarkan khidmat seks." title="MALU...tiga gadis baru datang dari Sabah
dua minggu lalu ditahan kerana menawarkan khidmat seks." width="300" border="0" height="216">
MALU...tiga gadis baru datang dari Sabah
dua minggu lalu ditahan kerana menawarkan khidmat seks.

KUALA LUMPUR: “Nasi sudah menjadi bubur, apa nak buat...,” demikian nada seorang gadis yang ditahan dalam Ops Noda di sekitar ibu negara, malam kelmarin.

Gadis berusia 20 tahun bersama dua lagi rakannya mendakwa baru tiba dari Sabah dua minggu lalu dan rela hati menjadi tempat lelaki gersang melempiaskan nafsu yang kebanyakannya warga asing dengan bayaran RM50 bagi sekali perkhidmatan.

Ketika serbuan di Jalan Thambypillay, Brickfields, semua mereka ditempatkan di bilik berselindung di sebalik kafe siber yang baru beroperasi kira-kira seminggu lalu.


Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, pihaknya tidak akan berputus asa membanteras kegiatan itu walaupun terpaksa menggempur lubuk pelacuran yang sama berulang kali.
------------------
Yusz Felda :
Kasihan Polis, sampai bila akan selesai kalau tahap kefahaman agama masih rendah di kalangan rakyat khasnya yang beragama Islam.. melacur ada yang menjadikannya HOBI dan ada yang mengalami masalah KEWANGAN dan TEKANAN HIDUP!

Ingatlah kita : dengan zikir kepada Allah, tenang hati!
Apakah suasana di M;sia menyediakan persekitaran iNGAT KEPADA ALLAH?
Sokongan program agama di Masjid terbatas! Bagaimana m/kat ingat kepada Allah jika tiada suasana samada luar rumah atau di kaca televisyen. akhirnya.. banyak jiwa yang tidak tenang.. mengambil langkah menuju jalan dosa..
sedang, kita / kerajaan mampu MENGUBAHNYA!

Tiada ulasan: