Yusz Felda :
Sedar-sedar hidup di dunia kita guna orang Putih punya kiraan ikut Matahari-- Januari, Feb, Mac.. tu yang ada 28 hari,29 hari,30 hari,31 hari. sedangkan yang tepat ialah ikut kiraan bulan Muharram, Safar, Rabiul Awwal... dalam Islam hanya ada 29 atau 30 hari sahaja..
Persamaan waktu yang diguna penduduk dunia pun guna orang putih iaitu titik Greenwech.. namun semua itu kini mula dipulihkan dengan adanya ulamak-ulamak Islam seperti Syeikh DR. Yusuf Al-Qaradhawi, DR. Zaglul Najjar, Ir Yaseen Shaok yang bangkit membuka minda umat Islam khasnya bahawa Mekah dan waktu Mekah yang relevan digunapakai dalam kehidupan..
Bila Tuan Guru Hj Hadi membuat ulasan berkaitan peristiwa Tsunami 2004, katanya (Tuan Guru), DR Zaglul Najjar menghuraikan ayat 3: Surah At-Tin : " dan demi Kota Mekah ini yang aman".. Dr Zaglul Najjar menyebut bahawa Mekah juga selain aman makmur yang menyebabkan manusia cenderung hati untuk ke sana menunaikan haji dan umrah ialah.. MEKAH BEBAS / AMAN dari ancaman GEMPA BUMI! Subhanallah.. Oleh yang demikian, saya amat suka mengikuti kajian-kajian ulamak seperti ini... kebetulan jumpa artikel dari blog rakan kita ni.. maka saya harap kita semua pakat-pakat ambil isi berkaitan...
------------------------------------------------------------------------------
April 25, 2008
(http://jiilun-quraanun-fariid.blogspot.com)
SATU UMMAT;
Sejumlah pakar Islam di bidang geologi dan ilmu syariah mulai berkempen tentang persamaan waktu dunia dengan merujuk waktu Makkah Mukarramah. Hal itu dimaksudkan untuk mengganti persamaan waktu Greenwich yang selama ini digunakan banyak penduduk dunia kerana menurut sejumlah kajian ilmiah, Makkah-lah yang menjadi pusat bumi.
Persoalan ini mendapat perhatian dalam Konferen Ilmiah bertajuk “Makkah Sebagai Pusat Bumi, antara Teori dan Praktik”. Konferen yang diselenggarakan di ibukota Qatar, Dhoha pada Sabtu (19/4/2008), menyimpulkan tentang acuan waktu Islam berdasarkan kajian ilmiah yakni Makkah, dan menyeru umat Islam agar mengganti acuan waktu dunia yang selama ini merujuk kepada Greenwich.
Makkah Mukarramah dinyatakan sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia, dan di sekeliling Ka’bah yang ada di Makkah berkeliling kaum muslimin yang melakukan Thawaf dari kiri ke kanan, kebalikan dari acuan waktu Greenwich dari kanan ke kiri.
Dalam konferensi yang juga dihadiri oleh Syeikh DR. Yusuf Al-Qaradhawi dan juga sejumlah pakar geologi Mesir seperti DR. Zaglul Najjar yang juga dosen ilmu bumi di Wales University di Inggris serta Ir Yaseen Shaok, seorang saintis yang mempelopori jam Makkah.
Qaradhawi juga menyampaikan bahwa tidak ada pertentangan dalam Islam antara ilmu dan agama sebagaimana yang terjadi di agama dan peradaban lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan