Rabu, Oktober 14, 2009

7 Kampung di Padang Diisytihar Kubur ! :(

7 kampung di Padang jadi kubur besar


SEORANG lelaki menyiram air ke atas jenazah dua anggota keluarganya sebagai simbolik mencuci mayat mereka di Kampung Lubuk Laweh, Sumatera yang dilanda gempa bumi, baru-baru ini. – AP

PADANG 13 Okt. -- Pihak berkuasa Indonesia hari ini mengisytiharkan tujuh buah kampung yang musnah dalam kejadian tanah runtuh baru-baru ini, sebagai sebuah tanah perkuburan besar, selepas mereka menghentikan operasi mencari lebih 200 penduduk yang dipercayai tertimbus.

Keputusan untuk membatalkan operasi mencari di kampung-kampung yang ranap dalam tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, dibuat hasil rundingan dengan masyarakat tempatan, kata ketua polis daerah Padang Pariaman, Uden Kusumawijaya.

Gempa bumi yang turut memusnahkan bandar Padang itu meragut 809 nyawa, menurut angka korban rasmi terbaru. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan sehingga 1,100 orang terkorban.

"Persetujuan dicapai bagi menghentikan gerakan mencari mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh.

''Penduduk kampung sudah bersetuju dan kawasan tanah runtuh itu kini dianggap sebagai perkuburan bagi mangsa yang tertimbus," kata Uden.

Sejumlah 225 orang dipercayai tertimbus di kampung-kampung yang ditelan bumi itu, menurut jurucakap pejabat daerah Padang Pariaman, Syofrian.

"Sudah tentulah ada sesetengah penduduk yang tidak bersetuju tetapi kebanyakannya akur.

''Justeru, kami menghentikan operasi mencari mangsa kerana sangat sukar untuk menemui mereka yang masih tertimbus," katanya.

Kira-kira 100,000 rumah musnah akibat gempa bumi tersebut dan kira-kira 500,000 penduduk hilang tempat tinggal. - AFP

----------------------------

yusz Felda : hati mana tak sedih, keluarga tertimbus hidup-hidup.. dulu di Philipina, sekarang di Padang... tak mustahil di Malaysia juga begitu... kalau kita tertimbus ketika amalan akhirat dah siap untuk dipersembahkan depan Allah, ok.. tapi mati dalam keadaan maksiat.. tak ingat Allah.. fuh!

Tiada ulasan: