Khamis, Oktober 15, 2009

Lagi Adun PKR jadi BEBAS? Adun Pelabuhan Kelang..

Khamis 15 Oktober 2009 | 25 Shawwal 1430 Hijrah
Khalid akan bincang dengan Adun Perlabuhan Klang
Harakahdaily
Wed | Oct 14, 09 | 7:44:45 pm MYT
SHAH ALAM, 14 Okt: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia mengadakan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah jika beliau serius mahu mengekalkan kedudukannya.

Iklan

Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor berkata, pihaknya merancang mengadakan perjumpaan dengan Badrul yang dikatakan menghadapi masalah kesihatan dan gagal menumpukan perhatian kepada tugasnya.

Namun, sehingga kini, Badrul menafikan beliau akan keluar dari PKR bahkan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Image Sejak beberapa bulan lalu, Badrul (gambar) dipertikaikan oleh pelbagai pihak ekoran dari kesukaran penduduk kawasannya mendapatkan khidmat dari beliau sebagai Adun.

Menurut Khalid, pihaknya memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk menetapkan kedudukan Badrul, bagi memastikan penduduk DUN Pelabuhan Klang mendapat perkhidmatan yang sewajarnya.

-------------------------------------- yusz felda qaal :

"kita harap semangat adun2 pakatan rakyat mantap untuk terus berjuang dengan saki baki 'iman' yang ada.. kita faham sangat ahli pkr ada yang datang dari mic/mca/umno.. bila2 sahaja hatinya bisa berubah kembali kepada asal.. DAP dan PAS dikatakan agak mantap setakat ini.. namun, sejarah juga membuktikan orang kuat Pas, Ust Nakhaie KELUAR PAS! So.. harap2lah segalanya dapat ditangani dengan baik oleh para pemimpin.. "

Tiada ulasan: