Sabtu, Oktober 03, 2009

Bala : Ribut di Pahang Pula! 2/10/09

Yusz Felda :

Bala kini sudah mula menjengah masuk ke kawasan Felda yang tidak dapat lari dari gejala maksiat dan sosial walaupun acapkali disebut oleh peneroka sendiri kepada pengurusan Felda.. masjid kosong dan penuh pada hari raya dan jumaat.. apakah berlaku GEMPA BUMI sahaja, masjid di felda akan penuh hatta yang tak pernah solat pon bergegas datang bermunajat minta diselamatkan Allah! he he...
-------------------------------------------------- teruskan >>>
73 rumah rosak dipukul ribut

(utusan.com.my 2/10/09)


ABDUL Manan Ismail (kanan) dan Mohd. Shohaimi Jusoh (tengah) meninjau kediaman Zahari Mat Isa yang rosak akibat dipukul ribut di Felda Lepar Utara, Pahang, semalam.


KUANTAN 2 Okt. - Sebanyak 73 buah rumah peneroka di Felda Lepar Utara 1, 2 dan 4 rosak akibat dipukul ribut semalam. Dalam kejadian ribut pada kira-kira 6.45 petang, lapan daripada rumah terbabit mengalami kerosakan teruk setelah bumbungnya diterbangkan angin.

Beberapa penduduk yang ditemui memberitahu, kejadian ribut itu adalah terburuk sejak mereka mendiami tanah rancangan berkenaan sejak 25 tahun lalu.

Mangsa, Abdul Wahab Ismail, 52, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang berehat di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan bunyi sebatang pokok durian jatuh menghempap rumahnya.

"Akibat kejadian itu, bilik rumah saya rosak teruk.

Kejadian itu turut meninggalkan trauma kepada ahli keluarga saya," katanya selepas menerima kunjungan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Lepar, Mohd. Shohaimi Jusoh.

Seorang lagi mangsa, Zahari Mat Isa, 53, berkata, kejadian angin ribut berbentuk pusaran yang melanda kawasan itu adalah pengalaman pertamanya.

"Ini kali pertama saya dan ahli keluarga melihat angin kuat sedemikian menyebabkan kami panik dan kelam-kabut," katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia bersama 10 ahli keluarga sedang berehat sementara menunggu untuk menunaikan solat Maghrib dan makan malam.

Amirah Ahmad, 27, yang sedang berpantang selepas bersalin anak kedua pula menyifatkan kejadian itu sangat menakutkan.

"Lebih-lebih lagi apabila angin kuat turut menerbangkan bumbung rumah ibu saya.

"Saya segera mencari tempat perlindungan bersama bayi saya yang berusia 20 hari," katanya yang masih dalam keadaan trauma.

Tiada ulasan: