Khamis, Oktober 01, 2009

Hj Norbin dan Kota Belud, Sabah.. :)

Pulau suci

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
srul@hmetro.com.my


EMPAT tahun lalu, ramai terpesona dengan kawanan kecil dugong di perairan berhampiran pantai di Kota Belud, daerah indah yang menjadi jelapang padi di utara Sabah.
EMPAT tahun lalu, ramai terpesona dengan kawanan kecil dugong di perairan berhampiran pantai di Kota Belud, daerah indah yang menjadi jelapang padi di utara Sabah.

Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana kebanyakan pantainya masih suci dari pembangunan berikutan banyak aktiviti pelancongan lebih bertumpu di Semporna.

Pulau Mantanani, kira-kira 20 batu nautika dari Kota Belud, dihuni masyarakat Ubian yang membuka kampung sebelum Perang Dunia Kedua, dikatakan antara tercantik di negeri itu.


Menurut rakan wartawan Sabah, pulau di pantai barat Sabah itu memiliki perairan jernih dan terumbu karangnya yang masih terpelihara lantaran lokasinya agak terpencil.

“Mereka yang mahu ke sini perlu mengambil bot dari jeti di Kuala Rampayan, kira-kira setengah jam dari pekan Kota Belud,” katanya.

Namun, jika berpeluang ke daerah ini, jangan lupa menyusuri jalan perkampungan melewati persisiran pantai panjang yang masih belum dibangunkan berhampiran Kuala Rampayan.

Sehingga kini, pantai berhampiran dengan perkampungan ini masih belum dibangunkan, namun ada beberapa pe nginapan chalet untuk mereka yang mahu bermalam.

Bagi warga Malaysia Timur, Kota Belud lebih dikenali dengan imej Koboi Timur menerusi perarakan kuda berhias Bajau sempena sambutan Tamu Besar pada Mei, setiap tahun.

Keunikannya terletak pada persalinan sutera, kostum warna terang seperti merah, hijau, kuning dan putih yang menghiasi kuda dan penunggang.

Kepelbagaian warna simbolik kepada kemegahan pemilik kuda ini dikatakan ‘dipinjam’ daripada pakaian penjajah Sepanyol pada abad ke-16 dengan lengan besar dan be renda.

Sepanjang di Kota Belud, jangan terkejut jika anda boleh menemui kuda yang menjadi haiwan peliharaan dan ke banggaan masyarakat di utara Sabah ini.

Pemandangan ini juga dilihat penulis menerusi tugu patung haiwan itu yang menyambut kedatangan pelancongan di tengah pekan dan pada motif tenunan masyarakatnya.

Selain keunikan penghasilan parang Bajau, warganya boleh berbangga seni kraf etnik Iranun seperti tenunan sambitan yang masih dipakai secara meluas di majlis keraian.

Tenunan Dastar pula dihasilkan dengan banyak meng gunakan motif tenunan dalam bentuk geometri seperti tuarah, boras, saledap, onsod, sheku, samping gapas dan anunan.

Mugah pakaian tradisi yang digunakan pembesar etnik itu pada era kegemilangan kesultanan Sulu di Filipina dan Borneo Utara (nama lama bagi Sabah).

Ketika Tamu Besar ini, pelancong boleh mendapatkan pelbagai barangan kraftangan termasuk parang Bajau yang warisan pertukangan warisan masyarakat di pedalaman Sabah itu.

Namun, jangan terkejut jika mendapati tamu yang menjadi nadi masyarakat ini turut menjual haiwan hidup seperti kerbau dan lembu serta alat muzik tradisional.

--------------------------------------

Haji Norbin merupakan seorang rakan rapat editor mahkamah-akhirat. Peneroka Felda Umas, Tawau dan pernah bertanding atas tiket pas pad p/raya umum 2004 lalu di sebuah DUN dalam parlimen Kota Belud. Beliau memang anak jadi Kota Belud. Kadang-kadang saya pesan beli parang dengan Haji ini. Haji Mabrur kata rakan saya, ust Lukman Payau (nama gelaran).. :)


Tiada ulasan: