Selasa, Oktober 27, 2009

Penduduk Memali-Sesat?

26 October 2009(kedahlanie.blogspot.com)

KOSMO Tuduh Tragedi MEMALI adalah Kumpulan Ajaran Sesat

oleh DPP Padang Terap


Fakta dalam KOSMO! hari ini Isnin 26 Oktober 2009 / Mukasurat 11 bertajuk : Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat.
tulisan oleh : ZULKIFLI MANZOR-
PETIKAN BERITA KOSMO! TERSEBUT IALAH :

"Meskipun hampir 3 dekad berlalu namun peristiwa Balai Polis Batu Pahat Johor diserang sekumpulan 20 pengikut ajaran sesat kira-kira 29 tahun lalu masih menjadi igauan sehingga kini

" Dalam kejadian pada 16 Oktober 1980 itu sekumpulan pengikut ajaran sesat bersenjatakan parang mengamuk di balai itu menetak anggota polis dan orang awam"

" Kemudian berlaku peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang mengorbankan 18 orang dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain di Kg Memali Kedah" ' Dalam kejadian tersebut pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dengan penduduk kammpung yang cuba mempertahankan ketua mereka Ibrahim Libya daripada ditahan."

" Itu antara catatan hitam yang menunjukkan bagaimana ajaran sesat mampu mengundang bencana dalam institusi kemasyarakatan sekiranya tidak dibendung awal"
Tulisan diatas jelas mengaitkan As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan para pengikutnya sebagai kumpulan ajaran sesat.Perisatiwa yang menghibakan kepada seluruh ahli keluarga yang terkorban dan seluruh umat Islam ini hampir 25 tahun sudah berlalu..tiba-tiba akhbar KOSMO hari ini cuba bermain api dengan mengatakan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya sebagai sesat sedangkan tiada pihak yang mampu membuktikan merewka tidak sesat sehingga hari ini.

sila baca di link berikut untuk melihat kebenaran!!!

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Memali_1985

http://syuhada-melayu.blogspot.com/2006/03/as-syahid-ustaz-ibrahim-mahmood.html

Sehubungan dengan tuduhan KOSMO hari ini kami pihak
Dewan Pemuda PAS Padang Terap
menyeru supaya KOSMO menarik kembali kenyataan mereka .

Dari : Dewan Pemuda Pas Padang Terap
http://dpppadangterap.blogspot.com/

Tiada ulasan: