JAKARTA: Presiden Indonesia menggesa 234 juta rakyat negara itu memakai batik bagi meraikan kemenangan berhubung hak perebutan warisan kebudayaan dengan negara jiran, Malaysia.
Pertubuhan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unesco minggu ini dilaporkan akan meletakkan cara pembuatan batik yang diamalkan Indonesia - membabitkan proses rumit mencelup dengan lilin dan warna - dalam senarai Warisan Kebudayaan Dunia agensi badan dunia itu.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan seluruh penduduk Indonesia meraikannya pada hari Jumaat ketika ia diisytiharkan secara rasmi dengan mengenakan baju, pakaian, blaus yang dibuat dari batik.
Indonesia isytihar menang 'pertikaian batik' (b.harian.com.my)
“Saya menggesa rakyat Indonesia di mana-mana juga memakai batik pada 2 Oktober,” kata Yudhoyono yang dipetik oleh agensi berita Antara ketika menghadiri mesyuarat pemimpin dunia G20 di Amerika Syarikat.
Yudhoyono berkata negara itu perlu mengadakan ‘parti batik’ untuk memberitahu dunia bahawa seni berkenaan datangnya dari Indonesia.
* Zoom Malaysia! Biar kalah urusan dunia, yang penting urusan nak ke akhirat dengan tak meninggalkan dunia KITA MENANG! OK BOSS! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan