ADUN: Saya jadi mangsa isu maksiat
Pertikaian untuk merebut jawatan peringkat ketua blok di sebuah tanah rancangan Felda di Segamat, Johor didakwa telah menyebabkan "beberapa orang" yang tercicir daripada menjawat kedudukan itu bertindak memburuk-burukkan seorang pemimpin Umno di situ.
ADUN Kemelah, Ayub Rahmat berkata beliau telah menjadi mangsa tohmahan apabila tidak memberi sokongan kepada beberapa peneroka itu daripada menjadi pemimpin setempat di Felda Pemanis Dua. Beliau mendakwa, sebilangan peneroka itu telah bertindak memburuk-burukkannya sejak pilihan raya 2004, apabila mereka digugurkan daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan (JKKR) di kawasan tersebut.

"Sejak pilihan raya 2004 lagi mereka telah sebarkan surat layang dan kata macam-macam lagi kepada saya bila mereka tidak lagi jadi ketua blok dan tidak ada jawatan dalam JKKR," katanya (foto, depan kanan) ketika dihubungi Malaysiakini. Beliau sebelum itu telah diminta mengulas mengenai satu tuduhan ke atasnya melalui SMS yang diterima Malaysiakini.
Jelasnya, tuduhan yang menyebut beliau terlibat dengan satu kegiatan sindiket maksiat merupakan satu cubaan untuk memburuk-burukkan dirinya. "Dan saya rasa ia mungkin didalangi oleh individu yang cuba untuk menjatuhkan saya. Hanya Allah saja yang tahu perkara yang sebenar," katanya lagi. Bagaimanapun, Ayub berkata beliau tidak bercadang mengambil sebarang tindakan berhubung perkara itu. Tiada kaitan kehadiran Anwar "Biasalah orang Umno ini, kalau nampak orang yang berkebolehan sikit dan nampak boleh buat kerja adalah yang rasa kedudukan mereka terancam dan mulalah mereka nak cantas jatuhkan," katanya.
Ketika ditanya lagi, Ayub juga menolak andaian bahawa tuduhan itu tersebar kerana kehadiran ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu majlis dalam kawasan Umno bahagian Sekijang pada awal bulan lalu. Majlis yang dianjurkan 'serentak' dengan program PKR yang dihadiri Anwar itu telah menimbulkan tandatanya dan rasa tidak senang di kalangan kepimpinan Umno di situ.
"Kalau Anwar hendak pergi ke mana pun, itu dia punya pasal lah. Takkanlah Anwar tak boleh datang ke Sekijang semata-mata sebab ini kawasan Umno. Polis pun tak tahan dia macam mana kita nak tahan dia," jelas Ayub.
Mengulas mengenai pemilihan ketua blok bagi mewakili peneroka di tanah rancangan tersebut, Ayub berkata pemilihan tersebut dilakukan secara terus oleh pihak pengurusan ladang dan tidak melibatkan undian.
"Tugas saya cuma menyokong nama-nama yang dicalonkan. Tapi ada antara peneroka itu yang tidak layak, jadi saya tidak sokonglah," katanya lagi. Jelasnya, calon-calon berkenaan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak pengurusan ladang, termasuk mempunyai ladang yang bersih serta menjual hasil tanaman mereka kepada Felda.
"Kalau nak burukkan saya semata-mata kerana tidak terpilih, tidak boleh macam itu. Sebab mereka pun bukan tidak dipilih sebelum (menjadi ketua blok dan dalam JKKR) sebelum ini," katanya lagi.
----------------------------
yusz felda :
rupanya di kawasan felda, lantikan ketua blok dah diurus terus oleh Pengurus Ladang dan disokong oleh Adun! Dasyat-dasyat..
Ketahuilah wahai JKKR dan ketua blok, kamu diberi amanah untuk mengurus ahli blok dari segi pertanian dan PENDIDIKAN! oleh kerana aspek pendidikan kurang diambil berat, maka lahirlah 2, 3 kerat sahaja anak peneroka yang mampu menjadi pemimpin dalam masyarakat.. yang lain di mana? di penjara, di pusat pemulihan najis dadah.. yang perempuannya nikah awal..
Felda jaga getah/sawit sahaja kah? tak jaga pendidikan kah? tak jaga pendidikan anak-anak secara islam? peneroka tak solat, tak jaga anak-anak pulang lewat malam, apa tugas Felda? atau hanya sekadar pengisi agenda m/rat? akhir sekali..
"BUANG MASA SEMUA INI! "... BALIK-BALIK MESYUARAT.. baguslah mesyuarat.. tapiii.. macam ada kekurangan dalam pengurusan secara Islam!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan