Ahad, Oktober 18, 2009

Gempa Besar 8.8 skala ritcher Bakal Melanda?

>>> mahkamah -akhirat : dah lama Allah sebut kepada kita akan kisah gempa... dah lama juga tsunami 2004 dan 2009 baru-baru ni berlaku lagi.. namun! Apa pengajaran yang kita ambil, atau buat biasa sahaja.. keraskah hati kita untuk sedikit keinsafan merenung ke dalam diri, sejauh mana bekalan sudah disediakan.. jangan pikir orang lain, tengok diri dulu sekejap!

teruskan >>>

----------------------------------------------

Gempa raksasa ancam Sumatera(bharian.com.my)



GAMBAR dari udara menunjukkan kemusnahan akibat gempa di Padang.

Perubahan cuaca punca bencana lebih kerap: PBB

SINGAPURA: Satu gempa bumi raksasa diramal melanda pulau Sumatera dalam tempoh 30 tahun yang mencetuskan tsunami gergasi sekali gus menjadikan gegaran bulan lalu pada skala kecil saja, kata seorang pakar geologi.

Selain itu, seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, perubahan cuaca dunia bermakna bencana alam pada masa depan adalah lebih besar dan kerap.


Gempa raksasa itu juga akan memakan masa lebih lama berbanding gegaran 7.6 skala Richter yang melanda Sumatera Barat pada 30 September lalu hingga meranapkan bandar Padang.


"Kami jangka gempa raksasa itu mencapai 8.8 skala Richter," kata Pengarah Pemantauan Bumi Singapura, Kerry Sieh ketika membentangkan pandangan pakar geologi di Universiti Teknologi Nanyang.

"Gempa itu juga akan berlangsung lima minit. Kekuatannya sehingga 7.6 skala Richter adalah kecil dibandingkan gempa besar," katanya. Gempa di Sumatera itu berlangsung 45 saat.

PASUKAN penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa tanah runtuh di La Trinidad, wilayah Benguet selepas dilanda tuafan.

Angka korban rasmi adalah 1,115 sehingga Rabu lalu tetapi ramai lagi dipercayai maut selepas beberapa perkampungan tertimbus selain kira-kira 100,000 rumah musnah menyebabkan setengah juta penduduk hilang kediaman.

Katanya, gempa bulan lalu itu petanda gegaran lebih besar lagi berdasarkan catatan sejarah gempa selepas sampel terumbu karang dikaji.

Di Jakarta, Setiausaha Agung Rendah PBB bagi Hal Ehwal Kemanusiaan, John Holmes berkata, perubahan cuaca dunia bermakna taufan lebih besar, banjir lebih buruk dan kemarau lebih lama selain kebakaran hutan.

Holmes berada di Indonesia selama dua hari selepas gempa 30 September lalu turut memberitahu:

"Tengok trend perkara itu. Berapa banyak bencana sudah berlaku dan sejauh mana kesannya," kata Holmes yang juga Penyelaras Bantuan Kecemasan PBB.

"Ada perkaitan antara perubahan cuaca dan bencana lebih kerap," kata

Tiada ulasan: