Rabu, Oktober 28, 2009

Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas


Rabu 28 Oktober 2009 | 9 Dzulka'edah 1430 Hijrah
Nik Aziz sahkan sertai mesyuarat khas
Harakahdaily
Tue | Oct 27, 09 | 6:13:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat malam esok.

Iklan

Keputusan itu dibuat Nik Aziz hari ini walaupun sebelum ini beliau keberatan untuk menyertainya dan telah memberikan amanah kepada Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS yang menemui beliau baru-baru ini untuk menyampaikan pandangannya.

Perkara ini disahkan oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Nik Aziz dikatakan keberatan untuk ke Kuala Lumpur kerana sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan sedang berlangsung.

"Saya telah sampaikan apa yang saya nak kata kepada Salahudin," kata Nik Aziz sebelum ini.

Namun, hari ini beliau membuat keputusan akan menyertai mesyuarat yang dianggap penting itu.

---------------------------------- yusz felda :

semalam dalam TV3, bila ditanya wartawan, TGNA ada juga menyebut bahawa sepatutnya Prof Aziz bari yang dijemput kerana menyerang Pas... mungkin pimpinan nampak, luahan kata TGNA yang perlu dibahas kerana mengeluarkan cadangan EGM.. kalau Prof cakap macam mana pun, jika TGNA tak cadang EGM, mungkin tak besar agaknya.. wallahu a'lam.. apa pun, TGHH akan mengambil jalan terbaik bersama TGNA dalam isu ni..

" nata'awanu fi ma ittafaqna = kita bekerjasama dalam hal yang kita sepakati bersama"

"wa natasamuh fi ma ihktalafna= kita bertolak ansur dalam hal yang kita selisih faham"

itulah kaedahnya... :)

Tiada ulasan: