Khamis, Oktober 01, 2009

Demam denggi ragut mangsa ke-71> hampir menyamai mangsa H1N1?..

Demam denggi ragut mangsa ke-71
01/10/2009 6:36pm

KUALA LUMPUR 1 Okt. — Satu kematian dilapor akibat demam denggi pada minggu lepas menjadikan jumlah kematian setakat ini sebanyak 71 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Beliau berkata, pemandu teksi berusia 46 tahun berasal dari Cheng, Melaka yang turut menghidap penyakit darah tinggi itu meninggal dunia pada 21 Sept. selepas komplikasi jangkitan denggi berdarah.

Beliau berkata, jumlah kes demam denggi minggu lepas sepanjang tempoh 20 hingga 26 Sept. menurun kepada 338 kes berbanding 497 kes pada minggu sebelumnya.

“Penurunan kes yang ketara ini kemungkinan disebabkan sambutan Hari Raya Aidilfitri di mana mereka yang mempunyai simptom demam denggi tidak mendapatkan rawatan kerana sibuk dengan sambutan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Add to Google
-----------------------------------

Bala di M'sia ada pelik sikit.. orang m'sia mati dengan dadah, kemalangan jalan raya, gam, syabu, H1n1, denggi, pembunuhan, penculikan, kebakaran, ribut dan sebagainya... ada di antaranya boleh dikurangkan dengan usaha kita manusia yang lemah... kalau mahu lah..

Tiada ulasan: