Isnin, Oktober 26, 2009

Kenyataan PJ Sabah Berhubung Kenyataan TGNA dalam Malaysiakini.com..

SIAPA DARI SABAH SARAWAK YANG PERGI BERJUMPA
TG NIK AZIZ?
------------ yusz felda :
saya dihubungi rakan dari Semenanjung, pada petang ahad 25/10/09 berhubung artikel malaysiakini.com tersebut bertanya, siapa rombongan PAS yang pergi jumpa TGNA itu? bila dirujuk betul-betul dengan rakan-rakan Pas Kawasan, artikel menyebut rombongan daripada Sabah dan sarawak, dan BUKAN rombongan PAS Sabah dan Sarawak.. syukurlah.. namun, timbul juga persoalan..
SIAPA YANG TERLIBAT DARI SABAH SARAWAK?..

jeng jeng jeng.. ?

-------------------------

Berikut disiarkan kembali ISU SENSASI INI...

-------------------------------------------------------------
>> malaysiakini.com
<<

Nik Aziz: Biar PAS berpecah...
Okt 24, 09 10:14am

" Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan."


--------------------------------------------------------------------

Berikut adalah kenyataan PJ Sabah dalam blog pemuda-tawau.blogspot.com
sebagai menjelaskan andai timbul pertanyaan/kekeliruan berhubung kenyataan di atas.

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH(25/20/09)




Tarikh : 25 Oktober 2009


1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web / blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (kalau ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.


3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba menangguk di air keruh dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.


“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH
Pesuruhjaya,
PAS Sabah.

PEMUDA-TAWAU.BLOGSPOT.COM

Tiada ulasan: