Jumaat, Oktober 09, 2009

'I MCA, 1Pasukan' & Bagan Pinang

Menang Pakatan Rakyat di Bagan Pinang, makin tunduk malu BN!

----------------------------------------------------------

'I MCA, 1Pasukan'(malaysiakini.com 9/10/09)

Sebelum itiu, Tee Keat melancarkan simbol "1MCA, 1PAsukan" bagi menandakan ulang tahun pertama beliau sebagai presiden parti. Tetapi beliau begitu cepat menolak bahawa majlis peringatan merupakan satu usaha bagi membalas manisfesto Chua, timbalan presiden yang digantung keanggotaannya, yang dikeluarkan Isnin lepas. "Ini bukan manifesto. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan saya mengenai apa sebenarnya yang berlaku dan yang dicapai selama ini oleh pasukan saya sejak setahun lalu, kata Ong kepada pemberita kemudiannya. "Pencapaian" yang tersenarai itu meliputi inisiatif ekonomi, lebih banyak peluang pendidikan kepada masyarakat Cina yang miskin bagi melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi dan kerjasama dengan institusi di tanah besar China dan meningkatkan pembangunan sosial bagi masyarakat itu. Dr Chua melancarkan manifestonya bertajuk "3R: Reject. Reunite. Rejuvenate." dan mendakwa presiden parti tidak melakukan apa-apa bagi menyelamatkan dan memberi nafas baru kepada MCA sejak tahun-tahun kebelakangan ini. Bahang permusuhan antara kedua-dua pemimpin itu yang bertelagah sejak pemilihan mereka, akan diputuskan oleh 2,377 perwakilan pusat yang akan mendaftar bagi EGM itu mulai tengah hari ini.
EGM itu dibuat berikutan pemecatan Dr Chua oleh Majlis Presiden kerana mencemarkan imej parti berikutan
skandal seks videonya.
Bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat membatalkan pemecatan dan menggantikannya dengan menggantung keanggotaannya selama empat tahun.

------------------------------ yusz Felda said :

Moga Allah memaqbulkan permintaan umat yang dizalimi ini.. keretakan MCA menjadikan BN retak menanti belah... akhirnya Bagan Pinang, kau milik kami!

Tiada ulasan: