Rabu, Oktober 07, 2009

Keputusan saman fitnah ayah terhadap Nasha Aziz Jumaat ini > anak lawan ayah??

MAHKAMAH (mstar.com.my)

Keputusan saman fitnah ayah terhadap Nasha Aziz Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan Jumaat ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan saman fitnah Abdul Aziz Mohd Ali terhadap anak perempuannya, Nasha Aziz yang juga aktres dan model.

Abdul Aziz Mohd Ali, 61, yang merupakan seorang guru silat menyaman Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz berhubung satu artikel dalam suratkhabar Mingguan Malaysia.

Nasha dalam artikel tersebut mendakwa Abdul Aziz

bukan bapa kandungnya.

Abdul Aziz berkata, dia ialah bapa kandung Nasha dan mendakwa perkataan-perkataan fitnah dalam artikel bertajuk, "Jangan tanya hal peribadi"keluaran 24 November 2004 itu telah menyebabkan dia menderita, berasa malu dan menjejaskan reputasinya.

Dalam kenyataan pembelaan, Nasha berkata istilah bapa dalam artikel suratkhabar itu merujuk kepada pakcik yang membesarkannya. Aktres itu tidak menafikan Aziz ialah bapa kandungnya. Bagaimanapun, Nasha menganggap pakciknya sebagai 'bapa'.

-------------------------------------yusz felda said :-

macam-macam akhir zaman... anak tak mengaku bapa.. bapa pun saman anak..

mengapa terjadi hal sebegini, pada saat orang lain mencari ibubapa.. pada saat anak-anak yatim mencari ibubapa.. pada saat ibubapa di rumah orang tua mencari anak-anak.. tiba-tiba kita yang ada ibu bapa... yang ada anak-anak.. bolehnya tak mahu mengakui zuriat kita masih ada di muka bumi ini..

tak mengaku/akur 'orang yang melahirkan' itulah mak bapak kita!

Artis- jawatan yang mengundang banyak FITNAH.. kalau nak, kerja betul2 menjadi artis yang islamik!

Tiada ulasan: