Selasa, Oktober 27, 2009

Hadis Palsu Dalam Buku Teks PASTI?


PAS akan buang hadis palsu dalam teks prasekolah
Abdul Rahim Sabri
Okt 26, 09
5:17pm
Jabatan pendidikan prasekolah PAS akan membuang satu hadis yang didakwa palsu dalam buku teks kanak-kanak enam tahun dalam edisi baru, seawal-awalnya diterbit pada 2011, kata seorang pegawainya. Jabatan itu yang mengurus Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) akan mengeluarkan buku teks baru untuk murid tahap dua, kata setiausaha eksekutifnya Kamarul Arif Ambak.

PASTI masih lagi menggunakan buku
Pelajaran Al-Quran – yang didakwa menyiarkan hadis palsu itu – cetakan tahun 2005. "Sudah lama timbul isu ini, kita sudah bincang tiga, empat tahun lepas kerana masih ada yang berpandangan ia boleh dipakai. "Kita masih belum tukar versi baru. Kita ambil perhatian, kita tidak mahu ada perbezaan pandangan sehingga menjadi perbalahan," katanya kepada Malaysiakini hari ini. Beliau diminta mengulas dakwaan seorang ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pahang di blog peribadinya, Selasa lalu.
Khairul Azmi Ismail mendedahkan, hadis berbunyi
"hubbul watan minal iman"
atau maksudnya "mencintai tanah air itu sebahagian daripada iman" diletakkan di halaman 37 teks tersebut.

"Sebenarnya ia bukanlah hadis yang sahih atau hasan (boleh disebarkan) malahan dhaif (lemah) pun bukan, bahkan ia merupakan hadis yang palsu yang tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam silibus anak-anak kita," katanya.
------------------------------------
mahkamah-akhirat :

" baguslah juga ada cerita Pasti dalam blog ni.. ikut nya Pasti ni mampu menggugat kejayaan anak-anak di Tabika/Prasekolah/Kemas/Tabika Perpaduan/Taski/Tabki.. beza pasti dengan yang lain ialah ia berteraskan Islam.. banyak pihak yang memuji anak-anak di Pasti.. bila mereka masuk ke Tahun 1, guru-guru di sekolah rendah mudah mengajar mereka khasnya melibatkan mata pelajaran agama walaupun Pasti mengajar semua subjek seperti di pra sekolah..

Anak saya sendiri, sudah mampu menghafaz doa-doa walaupun baru berusia 5 tahun.. orang dewasa sendiri ada yang tak boleh hafal doa.. seperti doa naik kenderaan!

di Tawau sahaja, 1000 lebih pelajar Pasti.. ini membuktikan Pasti disukai.. walaupun bangunan/premis nya tidak seberapa.. tetapi yang datang menghantar juga terdiri dari kalangan mereka yang berjawatan besar, polis, tentera, ahli perniagaan, YB, dan sebagainya... inilah Islam.. merentasi pendidikan pra sekolah..



Tiada ulasan: