Isnin, Oktober 12, 2009

Analisa & Muhasabah Bagan Pinang!


Isnin 12 Oktober 2009 | 22 Shawwal 1430 Hijrah
Umno tidak perlu berubah
Harakahdaily
Sun | Oct 11, 09 | 7:12:54 pm MYT
ANALISA

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Iklan

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.



Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.





Image(Gambar: Isa no 1,

PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

------------------------------

mahkamah-akhirat wrote :

" memang kita terkejut-terkasima atas keputusan Dun Bagan Pinang semalam.. kalah dan majoriti BN meningkat kembali... sepatutnya kata diri kita majoriti BN merosot lagi turun jadi 1000 ka beza.. tiba-tiba BN menang dengan 5ribu lebih majoriti...

Namun, cerita yang sama ini telah berlaku sejak Pas masuk p/raya ini.. begitulah penerimaan 'kemenangan'.. terima 'kekalahan' kerana ianya dianggap ibadat.. buat untuk Allah.. untuk agama.. berjaya / tidak URUSAN ALLAH.. Allah lihat apa yang kita buat..

Betullah.. sikit sebanyak, ada kelemahan di sana sini.. ahli kita sendiri (termasuk saya) kurang solat hajat.. kurang doa.. banyak bersembang di kedai kopi tanpa faedah.. harap menang! menang! menang!.. boleh kah allah beri, tapi dilihatNya kita malas ...

USAHA LAGI! BAIKI KELEMAHAN YA.. :)


Tiada ulasan: