Sabtu, Oktober 03, 2009

Selepas Ketsana, Taufan Parma Menjelma Di Philipina?

Bala Allah melanda Asia secara mengejut!


Korban tinggi akibat sikap manusia


MANILA: Pakar mendakwa kerosakan alam sekitar, perancangan bandar yang lemah, rasuah dan pelbagai masalah yang dilakukan manusia menyebabkan jumlah korban meningkat setiap kali bencana alam berlaku.

Minggu ini, ribuan penduduk Asia terbunuh akibat bencana yang sebelum ini dianggap berlaku secara semulajadi. Namun, pakar alam sekitar Tabung Hidupan Liar Dunia dari Filipina, Rafael Senga menegaskan, manusia turut menjadi punca kesan yang dialami lebih teruk lagi. Menurut Rafael, pemusnahan hutan, jumlah manusia yang tinggi di bandar dan perubahan cuaca akibat perbuatan manusia menyumbang kepada masalah yang dihadapi kini.

Kebanyakan mangsa banjir Taufan Ketsana di Filipina didakwa tertumpu di kawasan padat penduduk di Marikina, Manila.

Namun penduduk turut berkata, banjir itu bukan banjir air tapi lumpur yang dihanyut daripada kawasan bukit-bukau yang gondol selepas pokok ditebang.

“Banjir bukan air tapi lumpur,” kata Ketua Perubatan Hospital Rodriquez, Joanna Remo di Marikina.

Kepadatan penduduk yang tinggi di Padang, Indonesia dan juga Sichuan, China turut menyebabkan jumlah korban akibat gempa bumi tinggi.
Namun, masalah ini mungkin menjadi lebih buruk. Pada 2030, lima bilion penduduk seluruh dunia dijangka menetap di kawasan bandar berbanding hanya 3.3 bilion pada 2008.

Pusat Persediaan Bencana Asia di Bangkok mendakwa, keghairahan membangunkan ekonomi menyebabkan Asia mengambil jalan singkat dan mengetepikan usaha membina bangunan tahan taufan dan gempa bumi selain mengetepikan sama sekali rancangan penggunaan tanah secara positif. - AFP

--------------------------------------

Yusz Felda said :
Dijangka Taufan Parma menyerang Manila petang Sabtu 3/10/09! Ingatlah Manila- kamu telah membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Selatan Philipina!
Inilah bala Allah yang kamu akan terima...

Sebagai orang Islam, alasan/faktor dunia-boleh diambil kira ramai mati kerana kepadatan penduduk tinggi.. namun, faktor batin/iman mesti diambil kira.. Bala Allah ini, pengajaran buat manusia yang melanggar Hukum Allah!
-------------------

Taufan Parma pula ancam Filipina (hmetro.com.my 3/10/09)


MANILA: Pihak berkuasa Filipina kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas taufan gergasi didakwa bakal mengancam negara itu, semalam.


Kekuatan Taufan Parma kini semakin meningkat dan dijangka akan menyebabkan hujan lebat sekali lagi di kawasan ditenggelami air akibat Taufan Ketsana minggu lalu.

“Ada kemungkinan taufan ini akan menjadi taufan super,” kata jurucakap Jabatan Kaji Cuaca, Nathaniel Santiago.

Taufan super memiliki tiupan angin selaju 175 hingga 200 kilometer sejam dan sama dengan angin puting beliung kelas empat.

Tiada ulasan: