PAS panggil mesyuarat khas JK Rabu ini |
Harakahdaily Mon | Oct 26, 09 | 12:16:46 pm MYT | |||||||
KEMASKINI: KUALA LUMPUR, 26 Okt: PAS akan memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam, Rabu ini di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini. "Mesyuarat insyaAllah akan diadakan pada 28 haribulan ini, hari Rabu malam," katanya. Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau. Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu. "Beliau (presiden) telah mengarahkan saya supaya mencari satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa pusat dalam waktu terdekat," katanya lagi. Mesyuarat ini yang akan dihadiri oleh pimpinan pas pusat dan pesuruhjaya setiap negeri itu katanya, akan membuat keputusan tindakan yang akan dibuat selepas ini. "Jadi apa-apa yang berkait kita akan bincang dalam mesyuarat pusat nanti," katanya. Nik Aziz akan hadir sebagai pesuruhjaya Kelantan dan jemputan khas bagi membolehkan ahli mesyuarat mendengar sendiri penjelasan beliau berhubung cadangan dalam blognya agar diadakan satu muktamar agung khas. Menjawab soalan pemberita mengenai cadangan mengadakan muktamar khas, beliau berkata mengikut perlembagaan PAS, mesyuarat agung luar biasa hanya boleh diadakan mengikut tiga cara. Ia boleh dilakukan apabila ada arahan daripada presiden parti, ada permintaan bersurat satu pertiga daripada ahli jawatankuasa pusat, atau permintaan bertulis satu pertiga daripada PAS kawasan-kawasan. Semalam, Naib Presiden, Salahuddin Ayub selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Aziz di Kota Bharu memberitahu, mesyuarat agung luar biasa tidak akan diadakan kerana Nik Aziz sendiri mencadangkan ianya ditukar kepada mesyuarat khas. Ditanya sama ada cadangan Nik Aziz itu berkait dengan beberapa pemimpin yang dikatakan pro kerajaan perpaduan, beliau berkata isu itu tidak lagi berbangkit kerana ianya telah diputuskan dalam muktamar Jun lalu. "Saya pernah buat kenyataan dulu, masalah kerjasama dengan Umno sudah tutup buku. Ia satu keputusan yang dibuat oleh pimpinan dalam muktamar sendiri," katanya. -------------------------------- yusz felda alhamdulillah.. ada baiknya juga mesyuarat ni.. ada kawan bagitau hatta jika ada EGM pon bagus! boleh singkir pimpinan yang 'masalah'.. ntahlah jugak.. sebelah mana yang masalah.. yang pasti.. ada lah, jika tidak orang tak beri komen begitu.. ini semua urusan dalam sebuah keluarga Islam, wajib diselesai secara islam.. ameeennn.. * tak sabar tunggu keputusan m'rat nanti.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan