Khamis, Oktober 01, 2009

Liwat: OKU dipenjara 9 tahun

ARKIB : 30/09/2009

Liwat: OKU dipenjara 9 tahun(utusan.com.my)

KUANTAN 29 Sept. - Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dihukum penjara sembilan tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana meliwat seorang kanak-kanak lelaki.

Khairul Anuar Abdullah, 21, mengaku bersalah meliwat mangsa yang berusia lapan tahun pada 31 Ogos lalu.

Hakim Mohd. Fadhir Harun memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa pada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada hari kejadian.

Khairul Anuar didakwa melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa di sebuah rumah kosong di Taman Warisan 2, Tanjung Gemok, Rompin pada pukul 7.40 pagi.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan atas kesalahan meliwat tanpa kerelaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Yusz Felda said :

Selagi tiada Negara Islam yang sebenar& tidak dipraktikkan Hukum Jenayah Islam sebenar, tiada KEADILAN- KEBEBASAN-KEBAHAGIAAN dalam dunia yang ringkas ini... maka OKU pun sanggup melakukan Jenayah!

Tiada ulasan: