Sabtu, Oktober 03, 2009

Kelemahan Lelaki & Perempuan. Mesti Baca!


Pn. Nor Aini Bt. Ahmad, Pakar Motivasi UIAM semasa kami belajar Dip. Pendidikan sesi 2000/2001 pernah berkata :

1) Kelemahan lelaki - mata! Kiranya digoda / tertawan dengan wanita melalui gerak langkah/ pakaian wanita/solekan dsb.

2) Kelemahan wanita - sentuhan(kulit) & telinga! Kiranya dipuji (menyusup ke telinga), dipegang/disentuh anggota badan mereka> maka tewaslah kaum Hawa ini!

Saya pernah berkongsi hal ini dengan anak murid agar masing-masing berhati-hati samada dengan lelaki/perempuan. Apatah lagi lelaki/perempuan '1st time' dikacau oleh berlainan jantina ini. Kerana tiada info tersebut, kita tewas! Sedangkan pihak lain ingin mengambil kesempatan atas 'batang tubuh' kita!

Ingatlah kaum lelaki, kita juga punyai adik perempuan,kakak,ibu dan seterusnya... mahukah diri mereka dipergunakan/dirogol??? Kita tidak mahu... namun, kerana 'tewas dengan hawa nafsu', maka kita telah membelakangi 'info diatas'.. maka kita mengejar mencari pasangan hanya semata-mata untuk memuaskan 'nafsu syaitan' serta desakan rakan-rakan yang tidak beragama.. atau beragama hanya pada nama sahaja.. nauzubillah!

Kita mesti berhati-hati dengan godaan wanita.. kita mesti berhati-hati dengan SMS, tulisan surat, panggilan telefon, Chatting di internet dan sebagainya...

Elakkan 'nafsu' menguasai keadaan.. jika tewas, HUKUMNYA HARAM!

Tiada ulasan: