Khamis, Oktober 15, 2009

Kisah-kisah jenayah & kematian tragis/kejam awal minggu melibatkan WANITA!

ARKIB : 14/10/2009

Nenek dibunuh kejam

KUALA TERENGGANU 13 Okt. - Seorang nenek bukan sahaja ditetak di belakang kepalanya dengan objek tajam malah dicekik sebelum dibenam di dalam besen air sehingga lemas di rumahnya di Kampung Pak Sabah, Dungun, semalam.

Kejadian menyayat hati itu berlaku pada pukul 6.40 petang ketika mangsa, Muda Mat Zain, 80, berada seorang diri di dalam rumah tersebut.

Siasatan polis percaya pembunuhan Muda bermotifkan rompakan kerana beberapa barang kemas milik mangsa seperti rantai leher, gelang dan cincin emas didapati hilang.

---------------------------------------

Penoreh wanita maut ditikam

BALING 13 Okt. - Seorang penoreh getah wanita ditemui mati dengan kesan tikaman di leher di sebatang anak sungai di Kampung Seniyek, Kupang dekat sini pagi ini.Mayat U Muan Juin, 44, yang berasal dari Taman Bemban, Kupang itu ditemui seorang penoreh getah yang sedang menoreh di kebun kampung itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, mangsa meninggalkan suami dan dua orang anak.

Menurut Mohd. Zakaria, berikutan penemuan mayat wanita itu, polis menahan seorang suspek berusia 41 tahun dipercayai teman lelakinya dan merupakan penduduk tempatan.

-------------------------------------------------------

Seludup 2kg kokain guna jaket


NORDIN Kadir menunjukkan jaket wanita Filipina yang diserapkan dengan dua kilogram kokain cecair pada sidang akhbar di IPK Selangor, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 13 Okt. - Seorang wanita Filipina yang sarat mengandung tujuh bulan menjadi mangsa terbaru sindiket pengedaran dadah antarabangsa.

Dia diberkas bersama dua kilogram kokain cecair bernilai RM460,000 sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 9 Oktober lalu.

Ketika ditahan pada pukul 9 pagi, suspek berusia 24 tahun itu yang dipercayai menjadi penghantar kepada rangkaian sindiket terbabit baru tiba dari Buenos Aires, Argentina pada pukul 6.30 pagi dan dalam perjalanan ke Ho Chi Minh City, Vietnam, tetapi transit di KLIA.

Modus operandi digunakan sindiket tersebut adalah menyerapkan kokain cecair itu dalam lapisan kapas jaket musim sejuk yang disimpan dalam beg galas suspek.

Jika berjaya tiba di destinasi terakhirnya, suspek bakal mendapat ganjaran AS$$2,400 (RM8,171).

Nordin Kadir(Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Selangor) memberitahu, siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah transit sebanyak dua kali di KLIA iaitu pada Mac dan Ogos lalu.

"Kita turut merampas wang tunai AS$$419 (RM1,426), wang Thailand Baht840 (RM85) sejumlah kecil ringgit malaysia serta peso dari suspek dan tiada rekod menunjukkan dia sudah berkahwin," jelasnya.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum gantung mandatori jika disabitkan kesalahan.

-----------------------------------------------------

mahkamah-akhirat :

" melihat situasi di atas, 2 kes kematian wanita.. dibunuh, memang menyayat hati, apatah lagi kematian tersebut bukan kehendak mereka ..

kematian wanita penoreh getah itu sedikit menimbulkan tanda tanya.. apa kaitan dia dengan pembunuh? apakah ada isu 'curang' di sini? membelakangkan suami dan anak-anak dan akhirnya...

namun berita ke 3, wanita itu sengaja cari nahas untuk mati! Sanggup melakukan perbuatan terkutuk hanya semata-mata RM 8 ribu sahaja.. nah!
sekarang ditangkap, sabit kesalahan boleh digantung sampai mati!


Tiada ulasan: