Pemuda PAS desak Kosmo tarik artikel Peristiwa Memali |
Harakahdaily Wed | Oct 28, 09 | 1:18:57 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 28 Okt: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak supaya akhbar Kosmo menarik balik artikel yang disiarkan 26 Oktober lalu yang mengaitkan Peristiwa Memali dengan ajaran sesat.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan turut menggesa akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada PAS serta keluarga dan waris yang terlibat dalam peristiwa tersebut. Pemuda juga tegasnya, akan mempertimbangkan tindakan undang-undang sekiranya Kosmo gagal berbuat demikian. "Dewan Pemuda PAS menyanggah sekeras-kerasnya tulisan dalam Kosmo bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' yang mengaitkan Peristiwa Memali denagn ajaran sesat," katanya. Pemuda PAS ujarnya, sangat kesal dengan artikel yang jelas berunsur fitnah melampau dan berniat jahat terhadap PAS dan perjuangan rakyat yang menolak Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah maklumat dalam artikel itu juga ujarnya, tidak tepat dan tersasar daripada fakta kejadian sebenar. "Tulisan tersebut jelas bertujuan menghasut dan dengan niat menanam kebencian rakyat terhadap perjuangan PAS," katanya lagi. Peristiwa Memali pada tahun 1985 mencatatkan sejarah hitam apabila kerajaan telah menggunakan kekerasan ketenteraan melampau terhadap rakyat yang tidak bersenjata.Mereka mempertahankan hak mereka untuk menentang penggunaan undang-undang zalim ISA. Artikel berkenaan turut menghina Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mencemar duli untuk menyiram air mawar di pusara para syuhada. Almarhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah telah mengeluarkan fatwa bahawa Al Marhum Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya adalah syahid._ -------------------- mahkamah-akhirat------- Kerajaan M'sia tak iktiraf mati syahid.. tetapi makhluk allah yang bernama peluh, darah,bau mengishtiharkan tubuh badan yang kaku (hidup di sisi allah) sebenarnya SYAHID.. sila rujuk buku Jamaludin Al-afghani berkaitan kisah Memali.. :) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan