Isnin, Oktober 19, 2009

28,000 askar termasuk 500 komando Pakistan dikerahkan untuk memerangi sekitar 10,000 pejuang Taliban.? Wow!

ARKIB : 18/10/2009

Pakistan mula lancar serangan darat


TENTERA darat Pakistan bersiap sedia untuk menjalankan rondaan di Bannu, sebuah pekan kecil dekat lembah Waziristan, yang diletakkan di bawah perintah berkurung bagi memburu militan Taliban dan al-Qaeda. - AP


DERA ISMAIL KHAN 17 Okt. - Tentera Pakistan hari ini melancarkan operasi darat terhadap pemberontak Taliban di wilayah Waziristan selatan bersempadan dengan Afghanistan selepas membedil kubu kuat militan tersebut dengan serangan udara dan meriam sejak beberapa minggu lepas.

Menurut tentera, kira-kira 28,000 askar termasuk 500 komando yang tiba di wilayah tersebut semalam, dikerahkan untuk memerangi sekitar 10,000 pejuang tegar Taliban.

Taliban melancarkan beberapa serangan nekad dalam tempoh 12 hari lalu, termasuk serangan ke atas pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ibu pejabat tentera, kedudukan polis dan orang awam, menyebabkan lebih 150 orang terbunuh.

Lebih 80,000 penduduk awam sudah meninggalkan Waziristan Selatan bagi mengelakkan pertempuran dan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ramai lagi penduduk yang melarikan diri pada minggu ini.
--------------------------------------- yusz felda said :

Taliban pun orang Islam.. tentera Pakistan pun orang Islam.. jadi, yang mana satu betul? atau macam mana cara untuk perbetul isu ini?

Tiada ulasan: