Ahad, Oktober 18, 2009

Lagi Kisah Jenayah Ngeri Melibatkan Wanita..

Peniaga wanita mati dirompak(utusan.com.my)


MENANTU mangsa, Ismadi Ismail bersama isterinya, Norafidah Sallehuddin menunjukkan tempat Fatimah Zaharah Sulong (gambar kecil) dipercayai dibunuh selepas dirompak di Sungai Isap 2, Kuantan, semalam.


KUANTAN 17 Okt. - Seorang peniaga kedai makan ditemui mati dalam keadaan tertiarap dan kepalanya ditindih dengan bantal di atas katil rumahnya di Taman Sungai Isap 2 di sini, dipercayai dibunuh dalam kejadian samun.

Mangsa, Fatimah Zaharah Sulong, 53, dijumpai oleh suaminya, Sallehuddin Mohd. Yatim, 59, sejurus pulang dari kedai makan mereka di Kemunting di sini kira-kira pukul 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff berkata, mangsa dipercayai mati akibat sesak nafas setelah kepalanya ditindih dengan bantal.Katanya, beliau percaya motif kejadian tersebut ialah samun berikutan beberapa barang berharga termasuk beg tangannya hilang.
--------------------------------------------------

Rogol: Wanita ditemui mati

PENAMPANG 17 Okt. - Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan separuh bogel dan beberapa kesan tikaman di bahagian dada di rumahnya di Batu Lima, Jalan Penampang Baru di sini malam tadi.

Mangsa, Victoria Polus, 45, ditemui berlumuran darah oleh suaminya, Chin Ah Toi, 41, sejurus dia pulang ke rumah pada pukul 10 malam selepas menghadiri satu upacara keagamaan.

Ketua Polis Penampang, Deputi Supritendan Madang Usat berkata, polis telah menahan empat lelaki berusia antara 30 dan 40 tahun, tidak lama selepas kejadian.

"Kita percaya mangsa dirogol sebelum dibunuh," katanya sambil memberitahu menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Tiada ulasan: