Sabtu, Oktober 10, 2009

Jalan berliku PAS meraih undi pos,. serah kepada Allah sahaja!

Dalam rundingan dengan suruhanjaya itu kelmarin, (Khamis 8/10/09)
PAS berjaya mendesak SPR memperkenalkan langkah-langkah tambahan ke arah mengurangkan keraguannya:


1) Semasa mengambil kertas undi pos, seseorang pemilih tentera hendaklah menunjukkan identiti mereka terlebih dahulu. Tidak seperti dahulu, kertas undi boleh diambil oleh wakil pemilih.

2) Ejen calon boleh membuat kawalan keselamatan selama 24 jam diiringi anggota-anggota polis di pusat pengumpulan kertas undi pos di Tingkat 7 Kompleks Pentadbiran Daerah dan Tanah, Port Dickson.

3) Wakil calon juga boleh mengiringi kenderaan yang membawa kertas undi pos dari kem ke pusat pengumpulan undi berkenaan.

4) SPR juga bersetuju menambah setiap ejen memantau lapan saluran di di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). Sebelum ini seorang ejen sahaja dibenarkan berbuat demikian bagi mengawasi lebih 4,500 pemilih tentera.

PAS juga berura-ura ingin mengambil langkah menunda pilihan raya kecil ini - walaupun kemungkinan besar tidak akan berbuat demikian.

Hari ini, selepas 24 jam pemilih pos membuang undi pos, ia masih lagi mendesak SPR menghentikan serta-merta proses tersebut.

Kali ini, parti itu berhujah daftar pemilih pos yang digunakan semalam tidak sama dengan senarai nama yang dikeluarkan pada hari penamaan calon - dianggap bercanggah dengan peruntukan peraturan pilihan raya.

Serangan PAS terhadap BN berhubung isu pemilih pos pula termasuklah pendedahan rakaman suara kempen Ahmad Zahid dan Mohamad – sekali gus membenarkan dakwaannya bahawa ia mempunyai "mata-mata" di kalangan askar di kem-kem untuk memantau kegiatan BN.

----------------------------------------

Rakan yang makan gaji, ingatlah kita ada tugasan dunia&akhirat yang belum selesai lagi..

Tiada ulasan: