Selasa, Oktober 13, 2009

Beras percuma setiap bulan! Ada ciri Kerajaan Islam..

Beras percuma setiap bulan???ya ka?

  • Sebanyak 43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.

  • Lebih 150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
  • Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, penerima kupon RM10 layak membeli beras gred ST15 (15 peratus hancur) yang berharga RM24 pada kadar RM14.
  • Pemberian kupon akan disalurkan menerusi semua anggota Parlimen termasuk daripada parti pembangkang.
  • Sebanyak 54,000 peruncit dan 1,200 pemborong di seluruh negara akan diberi surat arahan menerima garis panduan berhubung perkara itu.
  • Pemberian kupon itu akan dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pekan, Pahang November ini.
  • KUALA LUMPUR 12 Okt. – Kerajaan akan mengedarkan kupon beras percuma kepada 200,000 keluarga miskin di seluruh negara hujung tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

    Beliau berkata, pemberian kupon itu akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis di Pekan, Pahang pertengahan November ini.

    ---------------------------------------------

    yusz felda said :

    Tahniah kepada BN yang buat macam tu.. yang penting 'kontraktor' pembekal dan sebagainya JANGAN SALAH GUNA KUASA! Tapi yang amat besar ialah GUNA HUKUM JENAYAH ISLAM, baru aman damai.. kalau tidak, nak beri sumbangan pun tak ada beras.. ada yang mencuri...

    Tiada ulasan: