SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda pulau Santa Cruz di kepulauan Pasifik Selatan pada Isnin.
Bagaimanapun pakar seismologi Amerika Syarikat berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan. AFP
MAHKAMAH AKHIRAT : makin menjadi-jadi gempa ni.. bumi dah mula marah ni.. kita tak faham lagi...
-----------------------------------------------------
Mayat bayi lelaki ditinggal di pintu masjid
(bharian.com.my)
SUNGAI PETANI: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam satu bungkusan yang ditinggalkan dalam sebuah masjid di Taman Keladi di sini pagi ini.
Mayat itu ditemui oleh pengerusi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Zulkifli Said, 56, ketika beliau memasuki masjid itu untuk memperbaiki bumbung bocor.
"Sebaik melangkah masuk ke kawasan masjid 9 pagi tadi, saya terpandang satu bungkusan kain lampin dan tuala di depan pintu masuk dan tidak terus pergi ke arah bungkusan itu sebaliknya saya menghubungi polis," kata beliau kepada pemberita di sini.
Beliau berkata setelah polis membuat pemeriksaan, bungkusan itu mengandungi mayat seorang bayi lelaki yang cukup sifat dan dipercayai baru lahir beberapa jam sebelum ditemui.
Zulkifli berkata ini berdasarkan ada tompokan darah pada kain lampin di bahagian tali pusat bayi itu selain kelihatan seperti sudah dimandikan dan tangannya dikiamkan.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Supt Hashim Ali, ketika dihubungi berkata mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk dibedah siasat.
"Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - Bernama
MAHKAMAH AKHIRAT :ikut Islam, kalau membunuh, dibunuh balas.. nanti kita rujuk ustaz-ustaz... kalau tak, gejala buang anak makin banyak, jadi biasa macam buang pempes sahaja.. zaman Umar, zaman Jahiliyyah.. buang anak/bunuh anak 'perempuan sahaja'.. hari ni.. hentam semua! laki pompuan, semua dibunuh! adik-adikku sayang.. kalian tuntutlah di depan Allah agar ibu bapa kamu dijatuhkan hukuman setimpal-timpalnya kelak.. sampai hati kamu dibiarkan mati kelaparan! uhuk.. sebak rasanya kematian anak-anak/adik-adik yang tak berdosa ini.. :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan