Khamis, Oktober 15, 2009

hukuman mati ke atas enam warga Uighur berhubung rusuhan pada Julai lalu?

DATA YANG PERLU KITA TAHU!

Bahasa Uyghur:شىنجاڭ ئۇيغۇر ئاپتونوم رايونى
Xinjang Uyghur Aptonom Rayoni
Bahasa Cina:新疆维吾尔自治区
Xīnjiāng Wéiwú'ěr Zìzhìqū

Singkatan: (Pinyin: Xīn)
Xinjiang is highlighted on this map
Asal-usul nama xīn - baru
jiāng - kawasan
"tanah baru"
Jenis pentadbiran Autonomous region
Pusat pentadbiran
(dan bandaraya terbesar)
Ürümqi
Setiausaha Jwk CPC Wang Lequan
Gabenor Ismail Tiliwaldi
Luas 1,660,000 km² (1)
Populasi (2004)
- Kepadatan
19,630,000 (24)
11.8/km² (29)
KDNK (2004)
- per kapita
CNY 220.0 bilion (25)
CNY 11,200 (13)
HDI (2005) 0.757 (sederhana) (14)
Bangsa-bangsa utama Uyghur - 45%
Han - 41%
Kazakh - 7%
Hui - 5%
Kyrgyz - 0.9%
Mongol - 0.8%
Dongxiang - 0.3%
Tajik - 0.2%
Xibe - 0.2%
Peringkat prefektur 14 bahagian
Peringkat daerah 99 bahagian
Peringkat perbandaran 1005 bahagian
ISO 3166-2 CN-65


Xinjiang (bahasa Uyghur: شىنجاڭ (Xinjang); bahasa Cina: 新疆; pinyin: Xīnjiāng; Ejaan peta pos: Sinkiang) ialah sebuah kawasan autonomi (Kawasan Autonomi Uyghur Xinjiang) Republik Rakyat China. Xinjiang merupakan kawasan yang besar dan tidak padat penduduknya dan merangkumi satu per enam daripada seluruh wilayah negara. Xinjiang bersempadan dengan Kawasan Autonomi Tibet di selatan, wilayah Qinghai dan Gansu di tenggara, negara Mongolia di timur, negara Rusia di utara, serta negara-negara Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Afghanistan, dan bahagian-bahagian Kashmir yang dikawal Pakistan dan India di barat. Xinjiang mentadbir kebanyakan kawasan Aksai Chin, sebuah rantau yang dituntut oleh India sebagai sebahagian daripada Jammu dan Kashmir.

"Xinjiang" atau "Ice Jecen" dalam bahasa Manchu, secara harfiahnya bermaksud "Sempadan Baru". Nama Xinjiang diberi sewaktu Dinasti Qing pimpinan orang Manchu di China. Xinjiang menempatkan sebilangan kelompok etnik Turkik, termasuk orang Uyghur yang membentuk kelompok terbesar. Kawasan ini sering digelar Turkestan China atau Turkestan Timur.

[sunting] Demografik

Bahasa-bahasa di Xinjang.

Xinjiang menempatkan sebilagan kelompok Turkik Muslim termasuk orang Uyghur dan Kazakh. Kelompok etnik minoriti yang lain termasuk orang Cina Hui, Kyrgyz, Mongol, Rusia, Xibe, Tajik, Uzbek, Tatar, dan Manchu.

Peratusan bangsa Han di Xinjiang berkembang dari 6% pada tahun 1949[perlu petikan] kepada lebih 40% hari ini menurut perangkaan rasmi. Perangkaan ini tidak termasuk anggota tentera atau keluarga mereka, atau ramai pekerja pendatang asing yang bleum berdaftar. Kebanyakan perubahan wajah ini dianggap sebagai hasil Kor Pembuatan dan Pembinaan Xinjiang (XPCC), sebuah pertubuhan separa ketenteraan yang dianggotai peneroka yang mendirikan ladang, pekan dan bandaraya di merata-rata wilayah Xinjiang. Transformasi demografik ini dipandang oleh pendukung kemerdekaan Uyghur sebagai ancaman kepada kaum Uyghur dan kaum-kaum bukan Han yang lain dalam mengekalkan budaya mereka, serupa dengan apa yang berlaku di Tibet. Sementara kaum-kaum minioriti Xinjiang dikecualikan daripada Dasar Seorang Anak dan kebanyakan orang Uyghur berhijrah keluar dari Xinjiang ke bahagian-bahagian lain di China, pada masa yang sama peratusan orang Uyghur dalam jumlah populasi China banyak meningkat.

Kelompok etnik di Xinjiang, banci 2000[1]
Bangsa Populasi Peratusan
Uyghur 8,345,622 45.21
Han 7,489,919 40.58
Kazakh 1,245,023 6.74
Hui 839,837 4.55
Kirghiz 158,775 0.86
Mongol 149,857 0.81
Dongxiang 55,841 0.30
Tajik 39,493 0.21
Xibe 34,566 0.19
Manchu 19,493 0.11
Tujia 15,787 0.086
Uzbek 12,096 0.066
Rusia 8935 0.048
Miao 7006 0.038
Tibet 6153 0.033
Zhuang 5642 0.031
Daur 5541 0.030
Tatar 4501 0.024
Tuvan 3260
Salar 3762 0.020
Peta Xinjiang yang menandakan bangsa utama dalam setiap bahagian peringkat prefektur.

----------------------------------------------------------------------------
ARKIB : 14/10/2009 (b.harian)

Keputusan mahkamah China semarakkan kemarahan Uighur

WELLINGTON 13 Okt. - Pemimpin Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer menganggap keputusan mahkamah China di Xinjiang menjatuhkan hukuman mati ke atas enam warga Uighur berhubung rusuhan pada Julai lalu, hanya akan memarakkan lagi kemarahan kaum itu.

Rebiya yang mengetuai Kongres Uighur Sedunia berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata, beliau yakin defendan etnik Uighur itu tidak dibicarakan mengikut undang-undang China atau antarabangsa.

Beliau menyifatkan semalam sebagai hari yang sangat menyedihkan dan hari berkabung bagi kaum Uighur di seluruh dunia.

Keenam-enam defendan didapati bersalah atas tuduhan membunuh dan jenayah lain dalam perbicaraan pertama berhubung rusuhan yang meragut hampir 200 nyawa pada 5 Julai lepas.

Dalam wawancara dengan stesen radio pelajar 95bFM di Auckland itu, Rebiya berkata, kaum Uighur yang menghadapi tuduhan di mahkamah tidak mendapat pembelaan undang-undang yang sewajarnya.

"Bukan sahaja enam defendan Uighur itu, malah ramai lagi penduduk Uighur yang kami percaya maut akibat diseksa di dalam penjara selepas insiden 5 Julai lepas. Ini satu kezaliman," katanya. - AFP

Tiada ulasan: