Ahad, Oktober 18, 2009

Anwar Ibrahim menghalangnya ke Sabah? emm..

Azmin kata dakwaan Zaid tak benar

Azmin bersama adiknya personaliti Azwan Ali, pada majlis rumah terbuka di Ukay Perdana.

AMPANG: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, tidak ada sesiapa pun menghalang mana-mana pemimpin PKR dari semenanjung termasuk Datuk Zaid Ibrahim daripada menghadiri program di Sabah.

Azmin juga mendesak Zaid agar segera menjelaskan kepada parti apa yang sebenarnya beliau maksudkan apabila berkata, Anwar Ibrahim menghalangnya ke Sabah.

"Malah kita sebenarnya menggalakkan semua pemimpin pusat dan juga Ahli Parlimen kita dari semenanjung untuk pergi ke Sabah dan Sarawak...dan saya sendiri tidak ada masalah dengan Zaid," katanya kepada mStar Online dalam satu temuramah eksklusif ketika ditemui di rumah adiknya personaliti Azwan Ali di Ukay Perdana petang tadi.

Zaid yang baru menyertai PKR Jun lalu telah membuat satu pengumuman mengejutkan Jumaat lepas bahawa beliau telah mengambil 'cuti politik' selama enam bulan selepas mendakwa penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalangnya daripada menghadiri program di Sabah.

Dalam pada itu, Azmin yang juga Pengerusi PKR Sabah turut menafikan dakwaan Zaid yang mendakwa hasratnya untuk ke Sabah tidak mendapat restunya.

Diminta mengulas mengenai dakwaan seorang lagi Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan bahawa terdapat 18 daripada 24 ketua cabang di Sabah menandatangani memorandum bagi membantah pelantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah, beliau menafikan kesahihan perkara tersebut.

"Malah semalam saya sendiri telah mempengerusikan satu mesyuarat bersama 18 ketua cabang Sabah di Kota Kinabalu... Jeffrey juga ada bersama.

Menjelaskan tentang kedudukan sebenar, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lantikan beliau sebagai Pengerusi PKR Sabah adalah bersifat sementara untuk tempoh tiga hingga enam bulan bagi membantu memperkukuhkan parti.

--------------------------------------------

Yusz felda :

dok sembang dengan kawan, elok PKR tubuh segera cawangan -cawangan di kawasan baru.. agar kukuh Pakatan Rakyat.. Pas, Dap macam biasa.. dah ke arah itu.. kalau harap PKR pusat, memang nampak mantap.. kita bimbang tarbiyah/kefahaman ahli di peringkat akar umbi kurang, maka tak lama duduknya dalam PKR.. lepas tu pindah ke BN semula.. siapa juga yang susah nanti? kita juga...

Tiada ulasan: