Rabu, Oktober 14, 2009

Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'

Rabu 14 Oktober 2009 | 24 Shawwal 1430 Hijrah
Kalah di Bagan Pinang, 'PAS akan post mortem'
Harakahdaily
Wed | Oct 14, 09 | 10:03:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 14 Okt:PAS akan melakukan post-mortem dengan segera bagi meneliti segala aspek untuk menilai kegagalan dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang.

Iklan

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pelbagai komen, analisa dan cadangan yang diterima oleh PAS ketika ini akan diteliti untuk melihat punca kegagalan PAS dalam pilihan raya berkenaan.

"Apa yang pasti ialah PAS akan melakukan post-mortem bagi meneliti pelbagai aspek � politik tempatan dan nasional � untuk menentukan punca sebenar kegagalan PAS memenangi kerusi DUN Bagan Pinang dari tangan BN.

"Kepimpinan parti tentunya akan mengambil langkah strategik yang bersesuaian tanpa mengorbankan prinsip perjuangan parti dalam melaksanakan penambahbaikan," jelasnya dalam satu kenyataan daripada Syria melalui setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri hari ini.

Tambahnya, semua ahli di pelbagai peringkat dalam PAS diminta supaya tidak menuding jari dan menyalahkan sesiapa sebelum punca sebenar ini dapat dikenalpasti.

----------------------------------------------

Yusz Felda: " ya.. bila kalah, banyak lah tafsiran penyokong Pakatan Rakyat.. apa pun, ingatlah tugas sebagai hamba Allah, beribadat hingga mati.. menyokong gerakan Islam juga Ibadat... sokongan moral, duit, tenaga, buah fikiran dsb.. akan diberi ganjaran setimpal.. kalah menang KUASA ALLAH..

Tiada ulasan: