Selasa 27/10/09 (mstar.com.my) Jambatan runtuh: Seorang lemas, dua masih hilang KAMPAR: Seorang murid lemas manakala dua lagi masih hilang apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Sembilan belas lagi yang sebelum ini dikhuatiri hilang, selamat, kata polis. Mayat murid yeng lemas itu ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini berhampiran loji sungai terbabit. Murid itu dikenalpasti sebagai Dina Deve a/p Nathan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof. Kejadian malam tadi berlaku semasa aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan yang membabitkan 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, juga Menteri Pelajaran, tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu. "Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kira-kira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai. Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai di kawasan kejadian adalah kira-kira 30 meter dengan kedalaman kira-kira 1.5 meter. Operasi mencari dan menyelamat yang dilancar sebaik kejadian berlaku membabitkan 222 anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam dan agensi lain serta dibantu oleh penduduk kampung. Zakaria berkata polis telah meminta Jabatan Pelajaran mendapatkan maklumat terperinci beserta kesemua nama murid yang menyertai kem perkhemahan itu. Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga pukul 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak. Jambatan itu runtuh semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberanginya dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam. BERNAMA mahkamah-akhirat : Ujian buat MB Perak (haram).. esok dah sidang DUN.. terjadi pula hal yang berat seperti ini.. program Perkhemahan 1 Malaysia pula namanya.. emm.. dah tentu pihak keluarga akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.. kasihan mangsa lemas tersebut...agaknya isu ini akan ditumbulkan bukan sahaja dalam DUN tetapi mungkin pihak ibubapa mangsa/ahli keluarga juga akan turut hadir esok memprotes apa yang berlaku! Mazidul Akmal (TV3) yang mengulas dari lokasi kejadian, sempat menyebut: mungkin ini bala Allah atas kesalahan manusia.. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Selasa, Oktober 27, 2009
JAMBATAN RUNTUH DI KAMPAR, PERAK!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan