Isnin, April 05, 2010

Mantan Mufti Perlis Dr. Asri mahu tubuhkan parti politik? > Beliau alim atau saya alim, jika dah ada 1 Parti Islam-maka wajib sokong Parti Islam?


Harakahdaily   
 
KUALA LUMPUR, 5 April: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya.

Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.

Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini.

Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.

"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.

Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009.
Sikap sebenar Asri dalam politik kini menjadi tanda tanya kerana beliau antara pihak yang berucap di perhimpunan Perkasa baru-baru ini.

Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.
-----------------------
yusz : setakat yang kita belajar, bila dah ada 1 parti yang membawa imej islam.. maka kita hendaklah menyokong parti itu.. Jika dah ada PAS! Maka apa lagi.. sokong PAS sahaja.. mengapa nak bukak parti baru???

Tiada ulasan: