Inilah jalan masuk keluar Rizqon (pelajar pasti Umas) dari Kampong Pisang ke Pasti Umas (kira-kira 200 meter)... wah! Hutan belukar.. dalam Kampong Pisang, Felda Umas..
Kena hari hujan, ada lopak.. becak.. Kasut sah kotor lah..
Lihatlah jalan ini.. Kalau hujan lebat, garenti teruk jalan.. naik lori selamatlah..
Rizqon sudah biasa.. jiwanya kental.. demi menuntut ilmu.. Bayangkan kiri kanan dipenuhi pokok tebu yang tinggi hampir 6 hingga 7 kaki.. haiwan berbisa memang ada...
Alangkah indahnya panorama dari rumah Rizqon.. inilah kali pertama saya sampai ke rumahnya... itupun kerana mencari Rizqon salah seorang pemain team Bolasepak MINI Pasti 2010.. Hari itu (Ahad 28/3/2010) ada pertandingan antara pasti Zon Tawau.. oleh kerana team Pasti Umas tak cukup, maka Rizqon dinantikan.. maka sebagai orang yang kena bertanggunjawab, mesti menjejaki di mana rumahnya.. Fuh! Sampai ke rumahnya, hilang penat.. bahkan terpegun!
Rumah dalam kawasan semak, tapi kemas bersih dan menarik.. udara di sini sah segar!
Inilah rumahnya.. tinggal bersama ibu dan ayah.. kakaknya berada di Indonesia.. Macam tak percaya... untuk info.. Rizqon tidak dibenarkan bermain sepenuh masa (dalam kejohanan) kerana usianya 8 tahun.. Kesilapan saya juga kerana tidak melihat syarat pertandingan.. hari pertandingan, ibubapa pasukan lawan membuat bantahan dek fizikalnya yang berbeza berbanding pemain usia 4, 5 atau 6 tahun... he. he.. dia menjaring 3 gol.. mengelecek dari bawah hingga ke gol pasukan lawan.. pemain Pasti Umas yang ada pula, malu-malu menendang.. alamak! Kerana itulah.. pasukan Umas-Umas kalah.. he he.. tak apa.. tahun mendatang usaha lagi...
Dia warga Indonesia dan oleh kerana itulah bapanya tinggal di belakang rumah peneroka Umas.. bapanya buruh di Umas.. ibunya juga bekerja... namun, usianya yang lanjut (8 tahun) tidak menghalang dirinya masuk belajar bersama rakan-rakan termasuk anak saya yang kebanyakan berusia antara 4 hingga 6 tahun...
DOA SAYA, AGAR RIZQON MEMBESAR MENJADI ANAK YANG SOLEH (TIDAK TERPENGARUH DENGAN PERKARA BURUK DI KAMPONG PISANG) DAN MENJADI RAKAN YANG BAIK UNTUK RAKAN-RAKANNYA DI PASTI!!!
Saya rasa bimbang juga untuk mengambil gambar rumah-rumah di kawasan Kampong Pisang ni.. bimbang diragui kehadiran.. namun untuk perkongsian, kawasan kampong ini, didiami kebanyakan buruh-buruh yang bekerja dengan Plantation Umas 5 @ 6 serta bekerja dengan peneroka-peneroka, tukang tombak sawit, bawak lori sawit, dan sebagainya... di sini juga ANTARA lokasi penjualan syabu, dadah.. di sini juga ANTARA lokasi bisnes barangan curi dan sebagainya..
Baik ada- buruk ada.. pandai-pandailah bawak diri.. Insya Allah, jika kita baik dengan manusia... Manusia akan buat baik dengan kita..
Kebaikan itu difahami manusia walaupun manusia itu buta, bisu atau pekak!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan